Thursday

Aku bukan saorang photographer


‘ Lu ambik gambar senget la bro, belajar la jadik photographer ’

‘ Tempat cantik, sayang lu tak snap btul btul, pakai la camera mahal skit bro ’

‘ Lu ni pandai pakai camera ke tak ’

Komen atau lebih tepat lagi, kutukan yang selalu aku dengar bila kawan kawan tengok gambar pengembaraan aku. Betul pun apa yang dorang cakap tu. Memang aku tak pandai dan tak minat langsung dengan photography. Kalau aku snap, aku main belasah je. Janji ada gambar.Tak kira kualiti gambar tu macam mana. Contoh gambar gambar kat bawah ni.


Mesti ada yang tak pecaya kalau aku kata, aku ni takde camera sendiri. Kawan kawan selalu kutuk aku. Nak jadik traveller tapi takde camera. Apa barang pakai handphone tangkap gambar. Selalunya aku pinjam camera kawan kalau nak mengembara kemana mana. Yang jenis digital camera. Ada yang offer untuk pinjamkan camera jenis SLR. Lens yang boleh bukak bukak tu. Jadi satu masaalah pulak. Tak pandai aku nak pakai. Zoom atau setting sana sini.

Lagi satu kelemahan aku. Aku tak ambik kisah dengan gambar gambar aku. Banyak yang dah hilang dalam simpanan. Disebabkan laptop rosak dan pendrive kena virus. Terasa menyesal aku tak simpan bila dah ada blog sendiri. Paling banyak hilang gambar gambar masa aku kat UK, France, Mekah, Madinah, Cameroon dan beberapa tempat lagi.

Mungkin dah tiba masa untuk aku belajar tentang photography. Dan beli satu camera atau camcorder yang agak canggih skit. Sentap bila ada kawan kawan sound yang aku ni jenis kedekut. Camera sebijik pun tak mampu beli. Dah tentu kawen dan bela anak orang pun tak mampu nanti. Satu lagi kutukan dari kawan kawan.

Harap pengembaraan yang akan datang ni, aku akan snap gambar yang ada class skit. Takde lah senget sana sini. Sebelum ni aku tak ambik serious dengan photography. Mungkin bagi aku, janji kepala aku tak senget dah la.






4 comments:

fatt said...

mgkin dorang bergurau je tp pada aku ada betulnya. pd aku travel dgn photography ni saling bersangkutan. tapi utk permulaan ko kena belajar skit2 trick amik gmbr, belajar psl angle2 yg menarik dsbnya. aku pun tak pakai kamera canggih, sekadar point & shoot camera..aku tak prefer bwk dslr sbb besar dan menyusahkan. tp klu ko nak beli yg mcm slr amik lumix gf series pun ok..compact & handy. takpun pakai canon G12 atau canon S95..both handy dan semi-dlsr

atun's said...

Salam,
Jimmy, salam perkenalan, entri "aku bukan seorang photographer" menarik perhatian sy untuk bagi komen kat sini..salah seorang photographer terkenal penah ckp..x kisah gadget apapun yg kita ada untuk merakam/mengambil sesuatu gmbar walaupun ianya hnya camera phone tapi yg paling penting bagaimna kita menggunakan gadget tersebut untuk menjadikan sesuatu gmbar itu berkualiti..

Kwn awk tu bg kritikan membina sebenarnyer tu..Tp sy rasa awk sebagai traveller yg dah pernah pergi jauh rugi klu x ada kamera sndiri..dan selalunyer kamera adalah "best friend" utk traveller spt awk.

Tp apapun selamat belajar tentang photography..(sy ni pndai komen jer..tp sy pun sama gak x pandai jgk amik gmbar2 ni)

jimmy said...

salam fatt dan atun,

thank atas nasihat yg diberi...pas ni mungkin jimmy akan ambik siyes skit dan belajar tang photography...

Ungu Violet said...

senget tu kira unik hape...ngee

jangan orangnye yg senget sudaaa..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...