Friday

Hobi aku hobi perempuan

Masih aku ingat masa kecik kecik dulu. Waktu aku blum pra sekolah. Nenek aku cukup susah hati dengan perangai aku. Aku suka berkawan dengan budak budak perempuan. Selalunya dengan sepupu sepupu dan anak jiran terdekat. Mungkin nenek aku takut aku jadik dua alam. Terpengaruh dan terbawak tingkah laku perempuan hingga ke besar. So far aku jadik lelaki tulin. Tak penah pakai bra dan jalan cam kucing atau cat walk.

Dari kecik lagi aku suka memasak dan menanam bunga. Hobi yang sama dengan nenek aku. Mungkin dari kecik suka main pondok pondok dan suka menolong nenek memasak dan menanam bunga. Terus terikut hobi dia. Nasib baik masa kecik aku takde main kawen kawen.Kalau tak, mesti aku tergila gila atau hobi nak kawen je. Tu sebab sampai sekarang aku tak kawen kawen. Bukan hobi aku lah tu.

Masa merantau keluar negara. Aku teruskan hobi memasak aku. Masak untuk diri sendiri je. Selalu gak kawan kawan puji masakan aku. Aku tau dorang tu puji tak ikhlas. Mostly yang puji tu, jenis malas masak dan suka makan free.Hobi baru aku masa diperantauan ya lah berpuitis dan kumpul fridge magnet. Dua lagi hobi orang perempuan.
dapur dalam bilik aku

Kalau aku mengembara kemana mana. Selalu ofismates perempuan suruh beli fridge magnet. Selalunya yang dah kawen. Lama lama aku terikut dorang. Travel kemana mana aku beli fridge magnet dan letak kat fridge aku. Dah penuh pun. Siap ada simpan dalam cabinet lagi. Aku akan kumpul berapa banyak yang aku mampu.  Sebagai kenangan.
fridge dalam bilik aku

Harap lepas ni aku takde lagi tambah hobi perempuan. Menjahit atau jadik mak andam ke. Tak nak fitnah datang. Aku ni jenis lembut lah. Gay lah. Cam tak sabar lak aku nak kawen. Nak tunjuk kat dorang. Anak aku nanti berderet. Setahun satu. Biar dorang tau betapa gagahnya aku.


9 comments:

fatt said...

memasak ni bagus, bkn ape..mkn kat luar tu blum tentu bersih pastu rasa plak tahape2.

pd aku lelaki yg ada kelebiham ompompuan ni bagus...bkn typical lelaki meleis yg suka mengarah bini itu ini, cuci pinggan pun takmo. pemalas

jimmy said...

bukan apa...dah jemu dengan makanan arab dan india...tu pasal masak sendiri...simple je...

jimmy said...

lagi satu...dah jemu dengan makanan kat sini...dah naik mual..lagi bagus goreng ikan panas2...pas tu makan dengan kicap...besh...:)

Izz Diyanah said...

cayalah kamu ni...manusia suka prasangka macam2....

jimmy said...

terima kasih...:)

Cikgu Jaja™ said...

waaaaa...haha..cool!

nk kirim fridge magnet gak..plis plisss.. T__T

nah emel, awk bg acc number, nnt jaja bank in duit. plisssssssssssssss...

faezahannah@gmail.com

Anazkia said...

Ahahahaha.. tergelak aku baca ni

"Nasib baik masa kecik aku takde main kawen kawen.Kalau tak, mesti aku tergila gila atau hobi nak kawen je. Tu sebab sampai sekarang aku tak kawen kawen. Bukan hobi aku lah tu."

Masa kecik, aku main jugak kawen-kawen, tapi tak kawen lagi ahahaha... jiyah, betul2 tertawa saiyah :D

jimmy said...

cikgu jaja : takpe...saya belikan dulu...:)

anaz : jodoh dan pertemuan ditangan tuhan...:)

Iam.Faith said...

ahhaahah.. disebabkan i baru je baca.. so allow me to comment..

I dulu2 pun masa kecil/sekolah rendah ada main kahwen2.. siapa ada pengantin lelaki n perempuan.. lepas jadi bahan ejekan kawan2 dkt sek... terus tak moh dah...

entah pi mana budak lelaki tu skrg.. kalau jumpa.. nak gak tanya.. dia dah kahwin ke? Kalau belum.. nak kahwen tak? meneruskan zaman perkahwinan budak2 yg tak jadi tu.. kekekekeke... oh.. tidak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...