Monday

Subuh di Seville

Salah satu lagi kota di Spain yang aku pernah jelajahi adalah Seville. Ibu kota bagi wilayah Andalusia. Terletak ditepi Guadalquivir River. Kota ni pernah dijajah oleh Kerajaan Islam Granada dari tahun 712 hingga 1248. Banyak jugak monument bersejarah peninggalan Kerajaan Islam terdapat di Seviile. 

Aku bertolak ke Seviile dari Lisbon. Menaiki bas kurang lebih selama tujuh jam. Bertolak pukul sepuluh malam dan sampai dalam pukul lima pagi. Aku dok kat seat yang paling belakang sekali. Dengan satu couple mat saleh yang agak muda. Agak merimaskan aku. Apa tak nya. Dorang asyik bercumbu rayu je. Dengan adegan yang buat aku asyik berdebar dan gelisah.Nak tido pun tak lena. Asyik terjeling jeling je.  

Aku sampai kat Seville waktu tu subuh. Stesen bas Seville dah tak sebesar mana.  Kelihatan dua tiga orang sedang solat subuh di area luar stesen. Beralaskan surat khabar. Dorang berketurunan Arab.
Aku lepak jap kat stesen bas. Berihat sambil wat plan untuk menjelajah kota Seville. Hanya terpikir. Ingin bermalam atau tidak di Seville. Last last aku ambik keputusan. Hanya akan menjelajah beberapa dibeberapa tempat je. Petangnya aku akan bertolak ke Cordoba.


Selepas gosok gigi dan mandi dibahagian muka je. Aku simpan bag di locker yang disediakan. Yang mengunakan coin. Breakfast disebuah restoren yang berhampiran dengan stesen. Abis breakfast aku terus menyusuri tepian Guaddalquivir River. Tempat pertama aku tuju adalah Torre Del Oro. 



Dari Torres Del Oro aku teruskan pengembaraan aku. Sempat melawat La Giralda, Alcazar Palace, Casa de Pilatos dan beberapa monument yang lain. Ronda ronda kat area di tengah tengah kota. Tercari cari restoren halal. Tak jumpa satu pun. Sempat beli beberapa jenis souviner.


Pepun. Seville adalah satu kota yang indah dan tenang. Walau pun aku agak penat ronda sana sini. Aku dapat kepuasan bila melihat keindahan kota Seville. Petang tu aku bertolak ke Cordoba. Meneruskan pengembaraan aku dibumi Andalusia.

Aku akan ceritakan lagi tentang Seville di entry akan datang.




4 comments:

helena said...

u..pic tu ltakla besar2 sikit.. :p cantikk ngatt..

jimmy said...

i dah besarkan...memang i cantik pun...:p

Cikgu Jaja™ said...

ya Rabbi..seronoknya jalan2.. xpe2..suatu hari sy pasti akn ke sana jugak!

jimmy said...

insyaallah...ada rezeki cikgu pasti kesana satu hari nanti...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...