Wednesday

Rindu dengan pokok kelapa

‘ wa rindu giler dengan pokok kelapa beb’

Itu yang aku luahkan kat sorang sahabat baik yang berasal dari Malaysia. Waktu bertemu dimalam tahun baru. Dia hanya tersenyum dan gelak. Dia rasa kelakar bila aku cakap cam tu. Takde benda lain ke yang nak dirindu. Gadis melayu ke. Masak asam pedas ke. Katanya sambil makan. Kat pokok petai tak rindu ke. Dia perli lagi. Entah kenapa aku bleh luahkan kerinduan aku kat pokok kelapa. Mungkin masa tu aku tengah diselubungi oleh jutaan rindu. Pelbagai jenis rindu. Salah satunya. Rindu dengan kehijauan.


Kat tempat aku duduk ni, agak susah nak jumpa kehijauan semula jadi. Yang kelihatan hanya padang pasir yang gersang atau kering kontang. Susah nak jumpa pokok pokok yang tumbuh liar. Kadang kadang bleh nampak unta unta liar yang berkeliaran.  Hanya bleh jumpa pokok pokok kat kawasan bandar dan perumahan. Kebanyakkan pokok pokok kurma.

Mungkin aku terindu rindu dengan suasana ditanah air. Yang penuh kehijauan. Rindu dengan permandangan pantai dan kampong yang dikelilingi oleh pokok kelapa. Bukan aku rindu pokok kelapa disebabkan santan atau airnya. Ada masa aku terasa jemu dengan suasana kat sini. Hanya permandangan padang pasir yang gersang. Yang buat jiwa aku semakin hari semakin gersang. Ada masanya , terasa rindu btul nak dating dengan awek dibawah pokok kelapa ditepi pantai. Betapa romantisnya. Sesilap masa tu. Pokok kelapa jatuh kat atas kepala pun tak sedar.

5 comments:

helena said...

xleh ke tanam pkok kelapa blkg bilik u tu?hihi :p

jimmy said...

pokok kelapa plastik bleh la...:p

Cikgu Jaja™ said...

meh dtg kg sy meh..di penghujung benua asia.. ada byk pokok kelapa sawit..haha..

jimmy said...

kat area tg piai ke...:)

Shari said...

ate balik le mesia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...