Monday

Resah di malam tahun baru

Balik je keje hari last tahun 2011. Aku agak kepenatan. Prepare banyak year end reports. Agak stress gak. Memula plan aku tak nak kuar. Masa tu credit hp dah tinggal skit. Cam nyawa ikan kering. Rasa tak selesa bila dapat sms dari kawan kawan yang wish happy new year. Aku tak dapat nak reply. Dua tiga orang member ajak kuar makan dan ronda ronda. Aku kuar gak walau pun badan terasa penat. Tujuan aku kuar bukan nak celeberate tahun baru pun. Hanya nak top up credit hp aku je. Rasa resah bila tak dapat wat call ketanah air. Nak lak call dan wish selamat tahun baru kat orang orang yang rapat dengan aku.

Malam tahun baru jalan agak sibuk dengan kenderaan. Kebanyakan dorang menuju ke pusat bandar. Aku tak pasti ada ke tak pertunjukan bunga api. Selalunya orang ramai akan berkumpul kat Corniche. Satu tempat santai ditepi laut yang terkenal kat sini. Kalau kat tanah air lebih kurang cam Padang Kota  kat Penang atau Danga Bay kat kampong aku di JB.

Makan malam bersama kawan kawan di sebuah restoren Italy. Restoren Biella kat Al Salam mall. Aku bedal black pepper steak. Dulu aku suka makan kat restoren tu. Mostly perkejenya berasal dari Indonesia. Agak kenal rapat dengan dorang. Mungkin disebabkan kita orang boleh berbual atau bercakap dalam bahasa melayu. Sekarang semuanya perkeje baru. Mostly Filipino. Suasana dah agak berbeda.

Abis je dinner aku ronda ronda jap. Kat taman dan dataran dah penuh dengan orang ramai. Dorang santai sambil menunggu ketibaan tahun baru. Lepak jap kat satu area ditepi laut. Tengok keindahan bandaraya Al Dawha yang berkerlipan dari jauh. Bandaraya yang penuh dengan cerita seribu satu malamnya. Sebelum pukul dua belas aku dah balik kebilik. Menyambut tahun baru bersendirian. Dalam resah dan gelisah. Tak dapat wish selamat tahun baru kat someone dan beberapa teman rapat ditanah air. Saat dorang sedang berada dialam mimpi tahun baru. Waktu dan lautan yang menjadi sempadan. Dibatas yang penuh rindu.

4 comments:

cik dee said...

best nya dpt jln2 mrta,tgk tmpat org..huhuhu
menarik...^_^

jimmy said...

memang best pun...:)

Cikgu Jaja™ said...

salam tahun baru dr malaysia.. :)

jimmy said...

selamat tahun baru dari al dahwa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...