Monday

Casablanca indah khabar dari lagunya

Casablanca adalah satu kota yang terletak di Morocco. Casablanca jugak adalah satu tajuk lagu evergreen popular nyanyian Bertie Higgins. Kota yang aku jelajahi waktu mengembara ke Morocco. Tiga hari dua malam aku kat sana. Kota yang amat membosankan bagi aku. Kalau nak enjoy memang satu tempat yang sesuai. Mungkin aku terpengaruh dengan keindahan Casablanca bila mendengar lagu nyanyian Bertie Higgins tu.


Aku sampai kat Casablanca waktu petang. Lepak kat satu hotel yang terletak ditengah bandar. Selepas maghrib aku kuar untuk makan malam sambil melihat keindahan Casablanca diwaktu malam. Aku pegi kat satu dataran yang berhampiran dengan komplek bangunan kerajaan. Ada taman dan fountain dekat situ. Suasana penuh dengan orang ramai yang bersantai. Anak anak muda dan yang berkeluarga. Ada jugak yang menjaja barang barang makanan. Lepas lepak sekejap kat dataran tu, aku plan nak ke Hard Rock Café. Kununnya nak beli t shirt yang tiga orang kawan suruh belikan. Tanya kat satu grop anak muda dimana lokasi. Terkejut aku bila diberitau yang Casablanca takde Hard Rock Café.


Lepas makan sawarma kat satu kedai. Aku ronda ronda disekitar tengah bandar. Banyak btul aku jumpa pub dan kelab malam. Kebanyakan music yang aku dengar adalah music padang pasir. Bangunan lama banyak yang bercirikan seni bina Perancis. Dulu Morocco pernah dijajah oleh Perancis. Sebab tu dorang pandai bertutur dalam bahasa Perancis dengan lancar. Masa tengah ronda ronda tu, ada jugak dua tiga orang kutu offer nak jual ganja dan perempuan. Aku balik awal ke bilik hotel dengan perasaan bosan. Layan tv sampai tertido.

Esok paginya aku ambik teksi pegi ke Masjid Raja Hassan. Masjid terapung dan salah satu masjid yang terbesar didunia. Memang cantik pun. Ronda ronda dan lepak kat situ dalam dua jam. Selepas tu aku ambik teksi dan pegi ke shouq atau bazaar. Beli baju Hard Rock Café yang cikai punya empat helai dan fridge magnet. Berkenan pulak aku dengan satu jubah Morocco. Jubah yang ada tutup kepala. Beli satu untuk wat kenangan. Lepas makan kat satu restoren aku terus balik ke hotel. Layan tv dan tido je.

Malam tu aku kuar jap untuk makan malam kat satu restoren btul btul kat depan hotel. Takde mood nak kemana mana. Terus balik hotel untuk kemas barang barang. Tido awal sebab esok paginya aku akan balik selepas mengembara dua minggu. Rasa nyesal aku duduk tiga hari kat Casablanca. Kota yang agak membosankan. Indah khabar dari lagunya.

2 comments:

helena said...

rupa xseindah lgunya.. :)

jimmy said...

pepun lagu casablanca tetap evergreen...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...