Sunday

Selamat Datang 2012 Selamat Tinggal 2011


Detik demi detik. Hari demi hari. Hingga bulan demi bulan. Mengusung banyak cerita. Suka duka menjadi warna nyata dalam hidup kita. 

Biarlah semuanya menjadi kenangan yang terpahat. Kini tahun baru telah menyambut kita.

Saatnya kita mengemas kegagalan menjadi kejayaan.Marilah kita buka lembaran kisah baru dengan semangat dan keceriaan.

Tahun 2011 akan melabuhkan tirai. Meninggalkan memori atau kisah suka dan duka. Biar aku singkap kisah hidup aku pada tahun 2011.

Kerjaya aku saperti biasa. Tiada apa yang berubah. Pangkat tetap sama. Ada masa keje dalam keadaan tension atau stress giler. Nak lak diwaktu musim panas. Ketika suhu hampir mencecah 60 C, Nasib aku baik. Tak dihantar bekeje ke tempat lain. Ke offshore atau ke negara Africa. 

Aidil Fitri 2011 aku menyambutnya bersama perantau lain di Kedutaan Malaysia kat sini. Dapat gak aku makan nasi himpit, rendang, bihun dan beberapa jenis kuih. Satu darinya, kuih lopes. Masa jamuan hari raya tu, tanpa diduga aku bertemu dengan sorang sahabat lama. Sahabat waktu disekolah menengah kat JB dulu.

Tahun 2011 aku berpeluang mengembara ke enam buah negara dibenua Eropah, Africa dan Asia. Membuka ruang impian aku untuk mengelilingi dunia. Banyak dapat pengalaman baru. Kenal ramai teman teman backpacker baru dari pelbagai bangsa. 

Pepun tahun 2011 adalah tahun yang indah. Penuh dengan memori memori manis. Semanis kueh lapis.



3 comments:

Cikgu Jaja™ said...

aku dapat merasakan..kehidupan mengembara sangat2 heaven..heaven bukan kerana berseronok, tapi ilmu dan pengalaman yang jimmy dapat..kan? ^__~

anyway, selamat tahun baru jimmy :)

Jimmy said...

selamat tahun baru kat cikgu gak...:)

Shari said...

Saya dah hampir habis baca semua posting Jimmy ni - best sesangat!,,,masa saya bujang2 dulu mmg byk berjalan jugak tp dulu tak suka amik gambar and dulu kamera digital orang tak pakai sangat!,,,so byk lah memori yg dah tak ingat!...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...