Tuesday

Boss Perempuan

Awal pagi tadi aku pegi head ofis. Hantar reports kat boss. Ingat nak jumpa sorang kawan baik. Lain department. Sampai je kat ofis dia, dia tengah discussion dengan boss dia. Ada lagi tiga orang masa discussion tu. Boss dia sorang perempuan. Mat saleh. Aku dengar je dia tengah kena belasah dengan boss dia. Pasal apa aku pun tak tau. Aku terus belah sambil tersenyum. Teringat masa aku keje dengan boss perempuan dulu.  

Pernah gak orang tanya aku. Cam mana keje dengan boss perempuan. Dua kali aku pernah berkeje dengan boss perempuan. Sekali ditanah air dan sekali kat sini. Aku memang suka berkeje dibawah boss perempuan. Walau pun ramai kata yang boss perempuan ni jenis cerewet. Hangin tak tentu pasal. Mostly dorang strict. Tu semua aku tak kisah. Aku suka boss perempuan sebab dorang ada caring skit. Ambik berat tentang masaalah kita. Paling aku suka. Selalu belanja makan dan senang nak pinjam duit.

Masa kat tanah air, boss perempuan aku tu agak muda. Baru umur dalam tiga puluhan. Hubby dia keje engineer kat pelantar minyak. Dua minggu sekali baru balik kedarat. Seminggu selepas hubby dia pegi ke offshore. Mula lah boss aku tu selalu emo semacam. Hangin je selalu. Cakap main lepas je. Mulut cam takde insurance. Kalau hubby dia balik je. Tersenyum dari pagi hingga kepetang. Nyampah aku dengan perangai dia kadang kadang.

Pernah sekali tu masa aku tengah discuss pasal keje dengan dia. Serious je dia. Tak macam selalu. Dia asyik pegang perut dengan muka yang ketat. Aku pun tanya. Sakit perut ke boss, Apsal tak pegi clinic. Dia jawab dia ok je. Sakit biasa je. Aku pun cakap. Sapu je minyak angin kat tempat sakit tu. Dia jeling aku satu macam. Terus dia kata. I tengah datang bulan la. Aku terdiam, Btul btul potong stim. Dapat belajar sesuatu yang baru tentang perempuan.  Kalau dia asyik pegang perut. Mesti tengah emo lah tu.

Aku dapat boss perempuan yang kedua  masa aku keje kat sini. Sorang perempuan Arab yang berasal dari Yemen. Berumur lewat empat puluhan. Agak strict. Nak lak dengan department lain. Sorang yang caring. Anggap perkeje dibawah dia sebagai ahli keluarga. Suka back up anak buah. Sesekali je dia hangin. Dia agak rapat dengan aku. Mungkin aku pandai ambik hati dia. Selalu puji dia. Keje dia pro la. Rupa dia cam baru umur awal tiga puluhan la. Bagi aku perempuan ni kalah dengan pujian. Nak lak yang cepat perasan. Salah satu taktik aku bodek boss perempuan.

Pepun. Kalau diberi pilihan. Aku lebih suka berkeje dibawah boss perempuan. Dorang caring atau ambik berat dengan anak buah. Hanya kadang kadang je nyampah dengan perangai dorang. Masa dorang hangin tak tentu pasal. Aku pun kena faham gak. Tak ambik hati dengan apa yang dorang bebelkan. Nak lak time dorang dilawati oleh bulan.

5 comments:

Cikgu Jaja™ said...

hehe..ok..awak cool

jimmy said...

memang saya cool ngan pompuan...:)

Syahirah Shafee said...

perempuan mmg kaya dengan emosi kan .. mcm seronok je alam bekerja :)

jimmy said...

btul lah tu...tunggu je study tu abis...:)

Lucy Saputri said...

Free Porn
http://www.jawko.com/


http://cerita.malay3gp.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...