Saturday

Made in Malaysia di Vasco da Gama


Kalau aku mengembara kemana mana, tak pernah aku pergi ke shopping complex atau mall yang moden. Tujuan aku mengembara bukan untuk shopping. Kalau aku beli pun, hanya barang barang souviner macam t shirt, key holder dan fridge magnet. Tu pun bukannya beli kat shopping complex atau mall. Selalunya beli kat gerai jual souviner kat tempat aku lawati.

Aku naik train malam dari Madrid ke Lisbon. Sampai je kat station Oriente di Lisbon, ramai penumpang yang turun. Aku tanya kat sorang penumpang sama ada dah sampai Lisbon ke. Dia cakap next station atau yang terakhir baru Lisbon atau Santa Apolonia. Tertanya tanya dalam hati, apa ada kat Oriente sampai kebanyakkan penumpang turun.

Masa kat hotel aku tanya kat sorang pekeje, kat mana nak beli tiket bas ke Seville. Dia kata, kena pergi dan beli kat Oriente Station. Baru aku tau yang Oriente Station adalah central station untuk bas dan train. Kawasan baru dan moden di Lisbon. Lebih kurang cam Central Station kat KL. Satu lagi landmark Oriente adalah Vasco da Gama Bridge. Aku pun naik metro ke Oriente. Station metro yang paling akhir sekali. Beli tiket bas ke Seville untuk malam esoknya. 

Lepas beli tiket bas, aku carik toilet kat stesen bas. Tak jumpa. Tanya kat sorang security guard. Dia cakap ada kat kat bawah, distesen metro. Kalau nak cepat dia kata pergi je kat mall diseberang jalan yang tak jauh dari situ. Nama mall tu Vasco da Gama. Aku pun masuk mall tu dan terus ke toilet.

Mall tu terletak di tingkat bawah bangunan Vasco da Gama Tower, bangunan yang tertinggi di Lisbon. Kira mall yang tercantik dan paling moden di Lisbon. Dibelakang mall tu ada satu square atau dataran. Aku sempat buat window shopping sekejap sebelum nak kuar. Masuk dan jengok kedai jual pakaian sukan. Saja je nak compare harga. Agak terkejut bila aku tengok baju Nike banyak buatan atau made in Malaysia. Ada rasa bangga gak la. 


Harga barang barang kat mall tu agak mahal. Yang datang berkunjung, kebanyakkan yang ada class skit. Macam lengang je mall tu. Aku tak beli apa pun. Vasco da Gama mall hanya toilet bagi aku.





3 comments:

Cikgu Jaja™ said...

ohh kt malaysia ada pengeluar nike..br jaja tahu

jimmy said...

tak tau kilang dia kat mana.

Shari said...

lucu......hanya toilet bagi ku!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...