Saturday

Follow your dreams



Semalam aku tak keje. Offday bagi aku. Seharian aku mencari info tentang negara negara yang aku akan mengembara nanti. Aku akan bercuti dah tak lama lagi. Dalam dua minggu je lagi. Seminggu ni aku sedikit sibuk untuk mencari pelbagai info. Destinasi dan cost.

Dalam pencarian destinasi persinggahan aku di Eropah Timur. Mungkin aku akan banyak habiskan masa aku disana. Disebabkan cost yang agak rendah. Aku agak tertarik dengan Sarajevo. Masaalahnya, Sarajevo agak jauh kebawah. Akan mengambil masa dan cost yang lebih untuk kesana.

Dari dulu lagi aku memang teringin ke Sarajevo. Dah banyak aku dengar citer tentang kota tu. Kota yang pernah menjadi host Olimpik musim sejuk satu masa dulu. Kota yang dikeliling bukit bukit yang diselaputi oleh salji dan sungai yang mengalir ditengah kota. Salah satu kota yang unik dan cantik dibenua Eropah. 

Semasa aku di Istanbul. Aku berkenalan dengan sorang backpacker dari Bosnia. Dia banyak menceritakan tentang Sarajevo. Dia syurkan aku agar mengembara kesana satu hari nanti. Orang Malaysia akan diberi layanan istimewa bila berada disana. Katanya, tentera Malaysia banyak mambantu rakyat Islam Bosnia waktu perang Serbia. Kerajaan Malaysia telah membina sekolah dan masjid selepas perang. Ramai rakyat Bosnia dihantar belajar ke Malaysia. Dan ada yang berkawin dengan gadis melayu. 

Pepun, aku tengah berpikir. Sama ada akan mengembara kesana atau pun dilain kali. Mungkin aku tak payah nak pikir pikir sangat. Bab kata satu perpatah.  Follow your dreams and chase it.

1 comment:

Cikgu Jaja™ said...

ha a..kisah sarajevo mmg menyayat hati..syukur rakyat m'sia kita ada berbakti di sana..

xyah kalut2 nk pg immy..pg mana yg adi dh plan..kn senang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...