Thursday

Ombak Rindu dan Three Idiots


Semalam sorang kawan kamcing aku call. Masa bebual, kuar satu soalan dari dia.

‘ Lu nak tengok muvi Ombak Rindu ke bro’

Memang aku nak tengok muvi tu pun. Banyak sangat promosi yang aku baca tang muvi Ombak Rindu. Kat fb ramai yang dok citer. Muvi yang bagus la. Nangis kalau tengok la. Jalan citer bagus la. Buat aku teringin nak tengok. Tapi aku buat jual mahal skit. Nak jaga standard lah sangat.

‘ Apa barang tengok citer melayu bro. Carik pasal je wa muntah nanti. Sebab nak ambik hati lu. Kasi wa tengok je la. Jangan lupa bawak time jumpa nanti’

Geram je kawan aku tu bila aku cakap cam tu. Entahlah. Cam dah jadik satu perangai. Aku suka buat member member geram kat aku. Suka kutuk dan perli. Tapi kalau dengan awek memang aku takut nak wat dorang geram. Takut dorang geram ada makna. Aku lak yang parah nanti.

Kawan aku tu pun tau yang aku ni cakap je lebih. Bukan aku tak penah mintak muvi melayu dari dia dulu. Citer hantu mak limah balik kampong. Salah satu lagi muvi yang banyak promosi. Yang buat aku berminat nak tengok. Ok gak lah citer tu.

Masa lunch break tadi. Sorang anak buah aku yang berasal dari India layan satu muvi Hindi. Aku tengok banyak permandangan yang indah dalam muvi tu. Aku tanya dia sama ada scenery tu kat Europe ke. Dia cakap kat Simla India. Hero muvi tu Amir Khan. The super film for last year. Rugi kalau tak tengok. Tambah anak buah aku tu.Title muvi tu ya lah Three Idiots. Terus aku suruh copy dan transfer kat pen drive aku. Aku pun tak pasti bila aku nak tengok muvi tu. Sesilap tahun depan.

Aku hilang minat dengan muvi sejak aku layan Astro. Aku mula minat layan channel Discovery Channel, National Geographic , History, Lonely Planet atau Globe Tracker. Sesekali je aku layan muvi. Muvi yang agak top. Sejak tu aku terus tak ikut perkembangan filem. Filem antarabangsa dan melayu.

Tak tau lah cam mana kalau awek ajak aku tengok muvi nanti. Sesilap aku tertido je. Lain lah kalau tengok citer hantu atau seram. Bukan apa. Kalau scene nampak atau kuar hantu. Aku akan buat buat terkejut dan takut. Dalam takut tu, bleh gak aku pegang pegang dia. Kira cam ambik kesempatan gak la. Nakal aku kan. Muvi yang buat aku jadik camtu.

9 comments:

helena said...

best citer ombak windu nih.. mlayang2.. ;)

jimmy said...

kalau tengok lagi bertambah jiwang ke...melayang sampai kebulan ke...:p

helena said...

aah.. nti jd overdose jiwang.. :p lebih dr bulan..

Cikgu Jaja™ said...

bg jaja.cerita tu xde makna sgt..menyesal kuarkn rm10 tgk wayang cite tu..pdn muka

jimmy said...

helena...bahaya kalau dah overdose...angau...:p

cikgu jaja...rm10 pun nak berkira ke...:)

fatt said...

aku plak pesen layan muvi sci-fi je kat wayang. koser aku nak layan movie yg raya tahun depan kuar tibi

jimmy said...

minat gak muvi ekkk...ok lah tu...:)

Cikgu Jaja™ said...

bkn sbb berkira atau x jimmy.. tp spoil mood..sbb cerita indah khabar dr rupa..

jaja kesian kt budak2 kecik umur 3/4 taun mak ayah bwk mlm2..semata2 nk tgk cerita yg ntah apa faedahnya..

Shari said...

Jimmy teruskan ajelah tengok channel astro yg Jimmy sebut tu...byk faedahnya...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...