Friday

Malaysia ako


‘ Hi pare, kebayan ? ‘
( Hi kawan. Filipino ke ? )

Tu satu soalan untuk aku yang selalu aku dapat disini.

Jawapan yang selalu aku beri.

‘ Hindi kebayan. Malaysia ako ‘
( Bukan Filipino. Saya Malaysian )

Kebanyakan orang Malaysia akan ditanya soalan macam tu kat sini. Mungkin rupa orang melayu lebih kurang macam Filipino. Ada lebih kurang tiga ratus ribu Filipino yang berkeje disini. Aku tak pasti berapa ramai orang Malaysia dinegara Teluk yang aku menetap sekarang ni. Negara yang bakal jadik tuan rumah World Cup 2020. Yang aku tahu, kebanyakan orang Malaysia kat sini berkeje di sector oil and gas, bank, airlines industry dan telecommunication industry. Tak akan jumpa orang Malaysia yang berkeje sebagai buruh disini. Disebabkan tu, reputasi orang Malaysia dipandang tinggi. Kira ada respect gak la dari bangsa dan negara lain.

Dah hampir lima tahun aku menetap dan berkeje diluar negara. Dalam masa tu dah banyak aku mengembara kemerata tempat. Dibenua Eropah, Asia dan Africa. Disetengah tempat aku dipandang macam alien. Mungkin dorang tertanya tanya aku ni bangsa apa dan berasal dari mana. Pernah semasa aku diatas ferry menuju ke Prince Island di Turki, satu family mat saleh dan dua orang arab tengok aku satu macam. Berbisik sesama mereka. Masa nak turun dari ferry baru mereka tanya aku dari mana. Sebut je Malaysia. Oooo Malaysia Truly Asia kata dorang. Arab dua orang tu lak, rupanya dari Iran. Terus bagi aku dia punya business card dan berkenalan.

Banyak gak yang sangka aku ni berasal dari Korea, Jepun. Andulisia, Mexico, Puerto Rico, Singapura dan beberapa negara lain. Satu peristiwa yang aku tak boleh lupa. Masa kat dalam metro di Lisbon. Sorang mamat mat saleh tanya aku. Aku ni berasal dari Brazil ke. Aku kata dari Malaysia dan aku tanya dia kenapa agak aku ni dari Brazil. Dia kata, dia ingat aku ni bangsa red Indian. Tersenyum je aku.

Malaysia sekarang memang terkenal dimana mana. Aku selalu tengok iklan Malaysia Truly Asia kat tv dibeberapa negara. Documentary tentang Malaysia di National Geographic Channel. Dan tiga perkara lagi yang buat Malaysia terkenal. Petronas Twin Tower, Formula 1 dan Proton.

Pepun aku bangga jadik anak Malaysia. I really miss you Johor Bahru.


3 comments:

helena said...

johor bahru balas, "i miss u too.." :p

jimmy said...

terima kasih johor bahru...kirim salam kat danga bay...:)

Shari said...

sungguh berbangga!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...