Wednesday

Satu malam tanpa mimpi di Manama

Salah satu airlines yang terdapat kat area negara teluk ni adalah Air Arabia. Aku pun kurang pasti kenapa airlines ni kurang popular. Tambang dorang agak murah. Mungkin service dorang kurang bagus dan flight selalu je delay. Aku pernah dua kali terbang dengan Air Arabia. Ke Istanbul dan Damascus. Kalau dari Doha kena berhenti kat tiga airport baru bleh sampai ke Damascus. Berhenti kat Manama, Damman dan Amman. Patutlah ramai yang tak berminat nak naik Air Arabia. Macam naik bas sambung sambung. Boring giler.

Semasa aku nak balik ke Doha dari Damascus. Flight aku kena delay dua jam. Sepatutnya bertolak pada pukul tiga petang. Singgah kat  Manama dulu. Aku dah mula mengelabah bila dapat tau yang flight kena delay. Mesti miss aku punya flight ke Doha. Terpikir cam mana nak buat bila sampai ke Manama nanti. Nak tido dimana.

Sampai je kat Manama waktu maghrib. Aku diberitau yang flight aku ke Doha dah berlepas. Dalam setengah jam yang lalu. Hepi je aku dengar yang aku akan disediakan satu bilik hotel di bandaraya Manama. Aku akan naik flight ke Doha pada tengah hari esoknya. Bilik hotel, makan minum dan bayaran visa akan dibereskan oleh Air Arabia. Ada enam penumpang lain yang senasib dengan aku.

Manama adalah ibu kota bagi negara Bahrain. Bahrain terletak berhampiran dengan Saudi dan UAE. Satu pulau kecil yang terletak di Teluk Parsi. Majoriti penduduk berugama Islam. Manama adalah kota yang dibanjiri oleh warganegara dari negara teluk yang lain untuk enjoy dihujung minggu. Agak terkenal dengan night life nya. Memang happening giler. Macam macam ada. Kalah Astro.

Selepas proses immigration, aku dan penumpang yang lain dibawa ke satu hotel. Terletak ditengah tengah bandaraya dan dikawasan yang penuh dengan lampu lampu neon pelbagai warna. Masa dinner pihak hotel beritau tentang masa untuk bertolak esok. Sempat gak dorang beritau nama nama jalan atau tempat yang meriah diwaktu malam.

Lepas je dinner aku plan nak kuar. Bukan nak enjoy ke apa. Nak carik ATM machine dan draw duit skit. Aku btul btul kering time tu. Sambil tu aku nak ambik peluang tengok suasana Manama diwaktu malam. Sorang mamat Palestine yang senasib dengan aku nak ikut sama. Selepas kuarkan sedikit duit. Ronda ronda dikawasan yang berhampiran. Kawasan yang penuh dengan hair saloon, massage parlour dan club. Dua tiga orang awek yang keje kat saloon goda goda kita orang. Cam biasa. Aku buat bodoh je. Jauh gak kita orang ronda ronda. Lepas tu lepak jap kat Coffee Bean. Berbual dengan mamat Palestine tu. Dia keje salesman spare part kete. Dari kecik lagi dia dah menetap di Doha. Lepas lepak kat Coffee Bean, kita orang balik kehotel. Kepenatan.

Manama memang hidup diwaktu malam. Kota yang penuh dengan cahaya berwarna warni. Kota yang sedang pesat membangun. Kota yang penuh keriangan.Penuh dengan bidadari yang turun dari sudut sudut bumi. Esok nya aku bertolak ke Doha. Satu malam di Manama tanpa mimpi.



1 comment:

Cikgu Jaja™ said...

owh..ala2 vegas la..tp versi arabs..hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...