Saturday

Sesat di Medina Fes El Bali

Seblum aku menjelajah Africa Utara. Aku carik info mana yang patut. Aku tertanya tanya apa makna Medina yang banyak terdapat di negara negara Islam di Africa Utara. Rupanya Medina tu adalah bandar lama atau old city. Kota yang dikeliling tembok. Terdapat masjid, istana, bazaar , kedai kedai dan rumah rumah. Yang dibina lebih dari seribu tahun dulu.

Semasa mengembara ke Morroco. Aku sempat singgah di bandar Fes. Kota yang digelar Cultural City, Mecca Of The West dan Athens Of Africa. University pertama didunia pun terletak disana. University of Al  Karaouine. Yang dibina pada tahun 859. Fes agak berlainan dari kota lain di Morocco. Berciri atau suasana lebih kepada budaya Arab dan Islam. Terkenal dengan pusat pengajian Islam.

Kota Fes dibuka oleh orang orang Arab berketurunan Rasulullah. Ramai pelarian dari Andalusia berhijrah kesana apabila Kerajaan Islam Granada tumbang. Termasuk Emir atau Sultan terakhir, Muhammad XII. Penduduk asal Fes adalah dari suku Berber.


Salah satu tempat di Fes yang aku lawati adalah Medina Fes EL Bali. Medina yang paling besar didunia. Kawasan penduduk yang bertembuk dan tak kan jumpa kereta yang lalu lalang. Yang ada hanya keldai. Penuh dengan jalan dan lorong yang sempit. Dalam kawasan Medina tu, terdapat banyak monument sejarah. Masjid, Madrasah  dan istana lama. 


Aku melalui pintu gerbang Bab Bou Jeloud atau The Blue Gate  untuk masuk ke Medina. Beberapa kali aku sesat didalamnya. Sempat melawat Bou Inania Madrasa, Talaa Sghira, University of Karaouine, Dar Al Magana dan Palais Mnebhi.   

Dari pagi hingga kepetang aku menjelajah Fes. Satu lagi kota yang agak unik. Penuh dengan kesenian Islam. Patutlah Medina Fes El Bali diletak dibawah UNESCO World Heritage Site.



2 comments:

Cikgu Jaja™ said...

medina..wowwww....byk tembok2 ek..baru tahu..

Jimmy said...

byk berjalan byk pengalaman...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...