Aku keluar awal dari tempat
kerja bersama tiga rakan yang lain untuk lunch. Ketiga tiganya Pinoy. Umm Ghuwailina
agak jauh dari tempat kerja. Dalam setengah jam perjalanan melalui Doha
Expressway dari Al Wakra. Umm Ghuwailina terletak dipenhujung highway. Hanya
dua ratus meter sahaja. Lokasi yang tak sukar untuk dijejaki.
Restoren tu biasa je. Masuk
je kedalam, semua meja dah penuh. Terpaksa tunggu sekejap. Tak sampai dua minit
dah ada meja yang kosong. Terus pelayan restoren suruh tengok menu yang
ditampal didinding. Aku order empat kepala ikan dan tiga kari kambing. Dan tiga
nasi putih dan satu nasi beryani. Nasi beryani disini agak berlainan skit.
Kurang berminyak dan warna tak terlalu kuning. Sebelum order sampai pelayan dah
letakkan ulam ulam, kuah dal dan satu jag air kosong. Ulam, kuah dal dan air adalah
percuma.
Bila sampai je nasi dan
masakan kepala ikan. Ikan tu kalau tak silap jenis siakap. Aku terus rasa
kuahnya. Memang sedap pun. Bukan rasa kari atau asam pedas. Kuah dia agak
jernih dan tak pedas. Lebih sedap dari rasa kari. Tertanya tanya jugak dalam
hati yang masakan tu berasal dari mana. Mungkin dari India, Pakistan atau
Afghan. Yang pasti nasi aku bertambah dua kali. Disini nasi tambah walaupun
banyak mana pun tetap percuma. Selepas makan nasi boleh lah makan manisan yang
telah disediakan. Nama manisan dan rupa yang ada didalam menu dan gambar.
Harga semua termasuk 4 can
air Mountain Dew hanya 60 rial. Lebih kurang 50 ringgit. Masakan kepala ikan tadi
yang paling sedap pernah aku rasa selain asam pedas. Aku akan kesana lagi
selepas ini. Mungkin sebulan sekali. Kepala ikan yang betul betul mengubati
rindu aku pada asam pedas.
5 comments:
manisan jalebi pun ada kat sana eh? hehe :)
KNizam.com
sebenarnya tengok gambar kari kepala ikan tu pun macam terliur!!!! walhal kalau pi kedai kat sini takpernah pulak nak order! haduiii tergoda la pulak kan!
KNizam,
jalebi pun saya tak kenal mana satu...tak penah rasa pun hehehe.
masMZ,
saya pun memang jarang dan tak mampu nak makan masa kat tanah air...mungkin mahal hehehe...entah cam mana bleh teringin lak bila dok luar negara...pepun. memang besh.
alahaiiii ... menu yang membangkitkan selera Wakjan di tengahari yang panas ni huhuhu ...
lunch tengahari...menu apa2 pun memang menyelerakan wak...:)
Post a Comment