Thursday

Menjejaki Kepala Ikan Di Umm Ghuwailina

Minggu lepas sorang kawan yang berasal dari Malaysia beritau ada satu restoren yang menyediakan masakan kepala ikan. Restoren tu terletak di Umm Ghuwailina. Dipinggir kotaraya Doha. Pertama kali aku kesana tengah hari tadi. Tak dapat aku bayangkan rasanya macam mana sebelum tu. Dah hampir lima tahun aku merantau keluar negara. Pertama kali aku dengar dan akan merasa masakan kepala ikan. Ikan memang kurang popular dinegara padang pasir.


Aku keluar awal dari tempat kerja bersama tiga rakan yang lain untuk lunch. Ketiga tiganya Pinoy. Umm Ghuwailina agak jauh dari tempat kerja. Dalam setengah jam perjalanan melalui Doha Expressway dari Al Wakra. Umm Ghuwailina terletak dipenhujung highway. Hanya dua ratus meter sahaja. Lokasi yang tak sukar untuk dijejaki.


Restoren tu biasa je. Masuk je kedalam, semua meja dah penuh. Terpaksa tunggu sekejap. Tak sampai dua minit dah ada meja yang kosong. Terus pelayan restoren suruh tengok menu yang ditampal didinding. Aku order empat kepala ikan dan tiga kari kambing. Dan tiga nasi putih dan satu nasi beryani. Nasi beryani disini agak berlainan skit. Kurang berminyak dan warna tak terlalu kuning. Sebelum order sampai pelayan dah letakkan ulam ulam, kuah dal dan satu jag air kosong. Ulam, kuah dal dan air adalah percuma.


Bila sampai je nasi dan masakan kepala ikan. Ikan tu kalau tak silap jenis siakap. Aku terus rasa kuahnya. Memang sedap pun. Bukan rasa kari atau asam pedas. Kuah dia agak jernih dan tak pedas. Lebih sedap dari rasa kari. Tertanya tanya jugak dalam hati yang masakan tu berasal dari mana. Mungkin dari India, Pakistan atau Afghan. Yang pasti nasi aku bertambah dua kali. Disini nasi tambah walaupun banyak mana pun tetap percuma. Selepas makan nasi boleh lah makan manisan yang telah disediakan. Nama manisan dan rupa yang ada didalam menu dan gambar.   


Harga semua termasuk 4 can air Mountain Dew hanya 60 rial. Lebih kurang 50 ringgit. Masakan kepala ikan tadi yang paling sedap pernah aku rasa selain asam pedas. Aku akan kesana lagi selepas ini. Mungkin sebulan sekali. Kepala ikan yang betul betul mengubati rindu aku pada asam pedas.



5 comments:

KNizam said...

manisan jalebi pun ada kat sana eh? hehe :)

KNizam.com

masMZ KaKiJaLaN said...

sebenarnya tengok gambar kari kepala ikan tu pun macam terliur!!!! walhal kalau pi kedai kat sini takpernah pulak nak order! haduiii tergoda la pulak kan!

Jimmy said...

KNizam,

jalebi pun saya tak kenal mana satu...tak penah rasa pun hehehe.

masMZ,

saya pun memang jarang dan tak mampu nak makan masa kat tanah air...mungkin mahal hehehe...entah cam mana bleh teringin lak bila dok luar negara...pepun. memang besh.

Azizan Zolkipli said...

alahaiiii ... menu yang membangkitkan selera Wakjan di tengahari yang panas ni huhuhu ...

Jimmy said...

lunch tengahari...menu apa2 pun memang menyelerakan wak...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...