Monday

Cincaluk di Rotana

Malam tadi aku makan sedap kat satu restoren baru. Sorang kawan baik berbangsa Filipino yang belanja. Makan dengan empat kawan yang lain kat Barwa Village. Btul btul berselera aku makan. Mungkin taste dia menepati selera aku. 

Nama restoren yang aku makan semalam ya lah Rotana. Menyediakan pelbagai masakan India, Arab, Western , Chinese dan Phillipines. Kita orang pilih masakan Phillipines dan nasi goreng. Antara menu ya lah ikan bakar, prawn soup, paksio. alamang dan kare kare.


Aku agak terkejut bila aku rasa alamang. Rasa lebih kurang cam cincaluk je. Memang cincaluk pun. Hanya nama dia je berlainan. Fillipino panggil alamang dan melayu panggil cincaluk.

Paksio lak cam masak singgang. Hanya dorang tak taruk kunyit. Tu yang warna dia jenih je.
Kare kare lak. Lebih kurang cam kari melayu. Pakai santai kelapa. Selalunya kare kare dimasak dengan daging lembu yg dihiris nipis. Dicampur dengan jantung pisang.


Masakan Phillipines walau pun tak pedas. Dia punya taste memang menyelerakan aku. Lebih kurang cam masakan melayu gak. Lepas ni pasti aku akan selalu ke Rotana. Mencari cincaluk.


5 comments:

Cikgu Jaja™ said...

comel la pulak sebut cincaluk..instead of cencaluk..kikiki..

xpe..makan la selagi boleh mkn..yg penting halal..ye dak??

anazkia said...

Aish, kat sini menulis, kat komapsiana tak hehehe bagi2 citelah kat komapsiana :)

Jimmy said...

hi anaz...selamat datang ke blog saya...tak sangka bleh jumpa blog saya...kat kompasiana baca je...segan nak menulis kat sana...:)

Fatt said...

rupanya tekak org pilipine dgn mesia sama..agak2 dorg ada tak sambal belacan versi pilipine?

Jimmy said...

lebih kurang sama...tapi dorang tak suka pedas sgt....ada belacan, budu...lupa dah nama dia...sambal pun dorang panggil sambal gak...byk perkataan yg sama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...