Tuesday

Hadiah sampah untuk harilahir Ratu

Dua tahun lepas aku mengembara ke Armsterdam. Salah satu kota yang paling indah di Eropah. Kota yang penuh dengan canal atau terusan. Ada satu kenangan luar biasa aku dapat kat sana. Armsterdam jadik kota yang paling kotor yang pernah aku jumpa. 

Sampai je kat Schiphol Airport, aku naik train ke pusat bandar atau Central Station. Kali pertama aku naik train dua tingkat. Sampai kat Central Station dalam pukul lapan pagi. Aku btul btul terkejut. Central Station penuh dengan sampah sarap. Bertimbun timbun. Dalam hati aku berkata, tak kan Armsterdam teruk macam ni sekali. Dari Central Station aku berjalan kaki menuju ke Dam Square. Nak carik hostel kat area situ. Dimana mana penuh dengan sampah. Waktu tu cuti umum bagi Holland sempena harilahir Ratu.

Dalam perjalanan aku ke Dam Square. Tiba tiba sorang perempuan berbasikal berhenti disebelah aku. Tanya aku dari mana. Macam biasa, aku cakap dari Malaysia. Terus dia kata yang Amsterdam tak lah sentiasa kotor macam sekarang ni. Tambah dia lagi, dah beberapa hari sampah tak dikutip. Pekerja syarikat yang uruskan pembersihan tengah mogok. Kalau tuntutan dorang tak dipenuhi, dorang akan biarkan Armsterdam terus kotor. Satu hadiah untuk Ratu dorang. Perempuan tu berasa malu dengan keadaan Armsterdam masa tu. Dia sorang penulis dan berumur dalam 50an tapi kelihatan muda. Dia suggest aku supaya pergi kebandar lain. Sempat aku snap gambar dia yang berbelakang sampah.

Petang tu aku ronda ronda kat area Madame Tussaud. Kawasan disekeliling penuh dengan sampah. Tak ramai orang yang berkunjung kesitu. Keadaan memang merimaskan dengan sampah dimana mana. Nak tangkap gambar pun takde mood.

Tiga empat hari lepas tu baru lah sampah sarap dikutip. Baru lah keindahan Armsterdam terserlah.




3 comments:

Fatt said...

selama ni aku ingt omputih ni jenis tak buang sampah merata2. tapi nak bezakan antara nz/oz dan ams rasanya mmg jauh sbb org kat nz & oz tak jenis pembersih. kalau dia nampak ko buang sampah kat tepi jalan, dorg akan suruh ko kutip, klu tak kutip nti kene la ko pastu...aku penah tgk sorg arab kena marah sbb buang botol kosong tepi semak...fadan muke! dia ingt tepi hutan bleh escape?

Cikgu Jaja™ said...

ohh..sama je sikap dgn rakyat mahrain kita.. certain tempat la..

Jimmy said...

armsterdam tu memang satu tempat yg bersih...sampah berselerak tu mungkin ditiup angin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...