Friday

Kena ketuk di Damascus

Semenjak dua ni hari hari aku dengar berita kat radio sebut pasal huru hara di Syria. Teruja aku nak menulis tentang Dasmascus. Syria sekarang tengah bergolak. Setiap hari ada je rusuhan dan ramai perusuh anti kerajaan ditembak mati. Sedih bila aku dengar. Mungkin aku pernah kesana dan dapat rasai betapa susahnya hidup di Syria. Nak lak kat Damascus. Betul betul kelihatan sebuah negara miskin. Yang buat aku kurang selesa disana, banyak sangat penipu. Kalau dengan pelancung, dorang suka berurusan dengan us dollar.

Aku memang tak berminat nak mengembara ke Syria. Aku ambik flight pergi balik melalui Damascus semasa pengembaraan aku ke Beirut Lebanon. Disebabkan tiket agak murah berbanding flight ke Beirut. Sekurangnya aku dapat mengembara ke dua buah negara. Syria dan Lebanon. Dari Damascus aku naik bas ke Beirut.


Aku naik Air Arabia ke Damascus. Sampai je kat sana, aku naik bas dari airport ke pusat bandar. Aku ambik teksi dari perhentian bas terakhir untuk ke Marjeh. Kena ketuk dengan taxi driver. Janji nak pakai meter. Sampai je kat Marjeh dia boleh cakap yang meter rosak. Dia minta tambang 20 usd. Perjalanan tak sampai dua km pun. Bertekak sekejap. Malas nak citer panjang, aku bayarkan je. Dapat hotel buruk takde bintang dengan harga 15 usd. Tapi ada tv dan toilet dalam bilik. Kira mahal jugak la.

Suasana Damascus aku tengok macam ketinggalan arus kemodenan. Susah nak jumpa ATM machine, KFC , McD dan kedai yang jual barang barang branded. Bangunan banyak yang tak di cat. Pengangkutan awan mengunakan van. Teksi dan bas banyak yang buruk buruk. Agak terkejut bila aku nampak banyak kereta Proton kat sana. Aku dengar sapa yang pakai Proton Gen2 atau Waja kira dah class abis. Dimana mana boleh jumpa orang berpakaian colereng. Makanan lak agak murah. Memula sampai aku dah kena ketuk. Satu kebab aku beli dengan harga 5 usd. Esok aku beli kat tempat lain, dalam 2 usd je.  


Esoknya aku bertolak ke Beirut. Ambik teksi dari Marjeh ke stesen bas Sumairah. Cam biasa, memula taxi driver janji pakai meter. Sampai je kat Sumairah, dia mintak tambang 20 usd. Tak pakai meter pun. Lepas berunding dapat kurangkan ke 15 usd. Kat stesen bas lak, banyak sangat ulat. Pening kepala nak layan. Dah lah keadaan stesen bas tu kotor dan suasana agak kelam kabut. Aku ambik bas yang berjadual. Tu pun kena ketuk. Kena bayar lebih sikit dari biasa. Sampai je kat border Lebanon. Aku kena ketuk dengan pegawai immigresen. Kena bayar 30 usd. Dia kata bayaran untuk keluar dari Syria. Masa aku balik melalui Damascus airport, tak kena lak bayar. Nampak sangat aku kena ketuk.


Selepas aku menjelajah Lebanon dan beberapa tempat lain di Syria. Aku balik semula ke Damascus. Lepak dua hari kat sana sebelum aku balik ke Manama Bahrain. Hanya berjalan kaki kemana mana. Takde mood nak ronda ronda kota Damascus.Memang ada niat nak melawat Umaiyyah Mosque. Cam trauma nak naik teksi. Nak naik van, aku tak faham dengan route atau laluan dia. Apa apa aku nak beli, mesti tanya harga dulu. Takut kena ketuk lagi. Memang dua kali pikir kalau nak bercuti ke Damascus lagi.


4 comments:

Cikgu Jaja™ said...

apa pn damascus pernah indah dgn islam suatu ketika dulu~ :)

Fatt said...

ko muka cam org berduit gamaknye tu yg asik kena ketuk. tp siyes sadis la siri ketukan ko...klu aku kompem dah berpencak kat situ. tapi jalanraya sana nmpk mcm lawa je, tak lubang2 mcm jln kat mesia

Jimmy said...

damascus dulu pusat untuk kerajaan bani umaiyah

muka aku muka senang digoda lah fatt hehehe...jalan kat sana ok..tapi takde highway cam kat Malaysia

pengembala masa said...

byk jgk tu 20-30usd.. arab2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...