Sunday

Kesepian di Ethnikos Kipos Athens

Dalam pengembaraan, kalau aku singgah dimana mana tempat. Tempat yang paling aku suka lepak ya lah kat taman atau garden. Berihat atau tido sekejap untuk melepaskan penat. Terasa tenang dan damai. Lagi satu. Selalunya kat situlah aku makan kalau tak kat restoren. Biasanya aku makan bekal yang dibawak. Sandwich yang dibuat sendiri didalam bilik hotel atau hostel seblum ronda ronda kesuatu tempat.  Sandwich sardin atau pun tuna. Selalunya aku buat camtu kat negara yang susah nak jumpa makanan atau restoren halal.


Masa aku mengembara ke Athens. Sempat gak aku lepak kat Ethnikos Kipos. Ethinikos Kipos dalam English bermakna national garden. National Garden of Athens didirikan oleh Queen Amalia pada tahun 1874. Luasnya 15 hectares. Bersebelah dengan Greek Parliament House yang terletak berhampiran Syntagme Square. Sebelum tu, nama taman tu adalah Royal Garden, Ditukar nama National Garden selepas Greece menjadi republic pada tahun 1928. Didalam taman tu ada 18000 spesies tumbuhan. Mini zoo dan kolam air untuk itik dan burung.


Selalunya aku akan mengembara bersendirian kemana mana. Btul btul terasa kesepian bila lepak bersorangan. Nak lak kat taman. Mungkin keadaannya yang sunyi. Masa tu lah teringat tanah air dan orang orang yang rapat dengan aku. Bersama kuntuman kuntuman rindu yang mekar ditaman hati.


4 comments:

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

Aii jimmy.. Mana gambar kooo??
hehe asyik gambar tempat jeee...
nk kenl gak si jimmy ni hahah

Cikgu Jaja™ said...

waaa..awesome..

apa lg yg boleh menenangkan mata selain hijau2 alam..aku pon suka.. :)

terapi kot

anazkia said...

Baca nie jadi nak posting taman tasik perdana pulak.

Eh, suka ngan kalimat "Kuntum-Kuntuk Rindu"

Nanti nak buat puisilah, tajuk dia, "Kuntum Rindu" Ahahaha

Fatt said...

biasalah tu senario org jalan sorg. rindu-rinduan tu sume biasa. lama2 jadi kebal...tp bila tgk org lain jln dgn psgn rasa cemburu jgk. heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...