Friday

Seharian di Madrid

Aku sampai di Barajas Airport waktu pagi. Lepas selesai urusan immigration aku terus ke metro station yang terletak ditingkat bawah. Beli tiket harian untuk metro dan ambik satu map Madrid. Pening gak kepala dengan route Metro. Ada tiga belas lines. Aku dah book satu hotel kat area Gran Via. Kena tukar tiga kali lines metro baru aku sampai kat sana. Gran Via adalah pusat bandar Madrid. Lebih kurang cam Bukit Bintang kalau kat KL.

Sewa hotel tak lah mahal mana. Dalam 40 euro je. Kena tanya lima enam kali kat orang baru aku jumpa hotel. Letak je bag kat bilik aku terus mandi. Ada satu hari je untuk aku jelajah kota Madrid. Esoknya aku akan ke Toledo.

Tempat pertama aku ronda adalah area sekitar Gran Via. Dari situ aku terus menyusuri satu jalan yang penuh dengan kedai kedai yang menjual souviner. Untuk melawat kebeberapa tempat terkenal yang berdekatan. Sempat melawat dan lepak kat Plaza Mayor dan Puerta del Sol. Beli beberapa keping postcard dan souviner kat situ. Dari situ aku terus ke Opera House dan Puerta de Alcala.

Dari Opera House aku ambik metro untuk ke Charmatin railway station. Beli ticket train untuk ke Lisbon malam esoknya. Selepas aku melawat kota Toledo pada siang harinya. Dari Charmatin aku naik metro lagi. Kali ni aku nak melawat Estadio Santiago Bernabeu. Stadium bagi team Real Madrid. Hanya melawat dikawasan luar je. Kalau nak masuk dikenakan bayaran. Aku tak berminat nak masuk stadium.

Hampir senja aku balik kebilik hotel. Kepenatan kesana sini. Berihat jap. Dalam pukul lapan lebih aku kuar lagi. Nak tengok suasana Madrid diwaktu malam dan beli beberapa souviner yang kawan kawan kirim. Ronda ronda dikawasan Banco de Espana. Cuba carik restoren halal tapi tak jumpa. Terpaksa belasah maggie yang dibawak malam tu.

Sebelum balik ke bilik hotel, aku sempat beli beberapa souviner kat area Gran Via. Area Gran Via diwaktu malam memang penuh dengan orang ramai. Mostly pelancung luar. Banyak terdapat hotel kat situ. Yang mahal dan murah. Satu hal yang buat aku terkejut. Banyak sangat kupu kupu malam yang berkeliaran kat area Gran Via tu. 

Esok paginya aku bertolak ke Toledo. Simpan bag kat Charmatin Railway Station. Malamnya aku bertolak ke Lisbon. Meninggalkan kota Madrid yang awalnya didirikan oleh kerajaan Islam Granada.

3 comments:

Cikgu Jaja™ said...

whoa..best2. tapi..mana poscard jaja... T__T

AieSha said...

nice blog bro.. kami jadikan anda sebagai rakan travel kami ya...

Jimmy said...

thank aie sha...moga impian kamu berdua untuk dapat keliling dunia akan jadik kenyataan...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...