Friday

Memalukan di Sabiha Gokcen

Selain Ataturk International Airport. Istanbul ada lagi satu airport untuk penerbangan antarabangsa. Sabiha Gokcen Airport. LCCT atau terminal baru untuk penerbangan murah. Terletak lebih kurang 35 km dari Istanbul. Pertama kali masuk ke Turki melalui airport tu dengan penerbangan murah Air Arabia. Lebih kurang cam Air Asia gak la. Nama airport tu diambik sempena nama sorang juruterbang jet pejuang perempuan Turki semasa perang dunia kedua dulu. Ya itu Sabiha Gokcen.

Selepas aku mengembara dua minggu di Turki. Aku akan balik melalui Sabiha Gokcen Airport gak. Masa nak masuk untuk check in, bag terpaksa diperiksa oleh pihak security atau polis. Pakai x ray scanner. Masa tu ramai penumpang lain yang beratur. Tunggu turn untuk bag dorang di scan. Lepas bag aku di scan. Ada sorang polis pompuan tu reversekan balik bag tu. Suruh aku keluarkan semua barang barang. Terus dua orang polis lelaki datang depan aku.Aku tak tau sama ada dorang bangang ke atau ikut procedure yang btul. Dari pengalaman aku kat airport ditempat lain. Bag tu tak kan direversekan. Diperiksa kat satu table selepas machine scanner tu. Tak lah ganggu penumpang yang lain. Operasi scan bleh diteruskan untuk yang lain.

Aku tak tau apa yang pihak polis tu suspectkan . Apa barang yang bahaya dalam bag aku tu. Mungkin dia ingat aku bawak bom. Memang banyak cable yang aku bawak. Cable untuk laptop, dua cable untuk hp charger, camera, battery laptop dan Mp3. Hangin je aku. Dah lah susah nak kuarkan barang barang dalam bag tu. Aku pakai bag backpacker bukan cam bag lelain yang pakai zip punya. Semua mata yang lain tertumpu kat aku. Dorang suspen. Mungkin dorang pikir aku ni btul btul sorang terrorist atau penyeludup dadah.  Nak tau apa barang yang aku bawak. Aku jadik serba salah dan nervous.

Masa tu aku dah sentap dan mula rasa malu. Apa tak nya. Benda dalam bag tu aku main sumbat je. Kan dah nak balik. Penuh dengan pakaian yang dah dua minggu tak berbasuh. Lepas semua barang barang aku kuarkan. Geram punya pasal, aku ambik suar dalam aku satu satu dan tunjukkan kat polis pompuan tu. Boring je dia. Nasib baik aku tak pakai bra. Kalau tak, aku tunjukkan sekali. Polis lelaki belek cable cable aku. Penumpang lain yang tengah beratur tersenyum je. Mungkin suspen dorang dah hilang dan terasa kelakar dengan perbuatan aku masa tu.

Lepas tu sorang polis lelaki mintak passport aku. Mungkin nak tengok aku ni dari mana. Bila tengok passport aku je, dorang terasa cam bersalah. Cakap pun dah mula cam sopan dan lemah lembut. Sorang polis lelaki yang lain suruh aku masukkan barang barang kedalam bag semula. Sorang tu siap nak tolong aku lagi. Dia pegang dan tolong masukkan cable cable. Hanya jeling je kat suar dalam aku. Ngeri nak pegang agaknya. Orang lain yang beratur dah makin panjang. 

Mungkin dorang rasa segan bila tau aku ni dari Malaysia. Kita bleh nampak logo atau signboard Malaysia Airport Berhad yang besar diluar dan didalam airport tu. Memula sampai aku terkejut gak bila nampak. Tanya kat satu kedai yang jual minuman. Rupanya Malaysia Airport Berhad adalah consortium airport baru tu. Pengurusan dan operasi dibawah dorang. Dapat contract selama 20 tahun. Memula aku bangga. Selepas kes  aku dimalukan kat x ray scanner. Aku jadik geram. Btul btul potong stim.

5 comments:

632 said...

happy new year sobat
:D

Anisayu Nastutik said...

kapan ya aku ke Turki hehehe

artikel yang bagus :)

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

alamak bro aku penah kena gak dulu.. Narita airport hehe...

Norgadis Labuan said...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

pengembala masa said...

i'm malaysian not pakistani! hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...