Wednesday

Asure di Istanbul

Istanbul adalah salah satu destinasi peberet aku. Banyak sebab aku suka kota tu. Banyak monument yang indah cam Blue Mosque, Haga Sophia dan Topkapi Palace. Orang dia agak peramah dan awek pulak cun2. Cun pun tak lah sampai aku jatuh cinta. Mungkin ada awek sana yang jatuh cinta kat aku dalam diam hehehe.

Asure tu adalah bubur asyura dalam bahasa melayu. Mat saleh lak panggil Noah’s Pudding. Apa yang aku dengar, bubur tu pertama kali dimasak masa zaman Nabi Noh. Masa bahtera dia tersadai diatas gunung selepas banjir besar. Bubur tu dimasak bersama buahan yang dah kering. 

Masa mengembara kat Istanbul aku sempat solat Jumaat sekali. Kat Blue Mosque yang terkenal tu. Abis je solat dan masa aku kuar, terkejut aku. Bukan nampak hantu ke apa. Aku nampak berderet awek2 cun berdiri atau beratur dikiri kanan jalan. Semuanya bertudung dan berjubah. Cam sambut tentera yang baru balik perang. Berebut rebut hulurkan satu tupperware bubur asyura kat jemaah yang baru abis solat. Cam paksa lak suruh ambik. Free beb.  

Mungkin dorang tengok aku ni lain skit. Bukan dari bangsa Arab atau Turki. Tak pun aku ni kelihatan hensem atau macho. Tiga empat awek datang dan berebut nak hulur kat aku. Nasib baik nak bagi bubur asyura. Kalau nak bagi no hp atau nama dorang kat facebook ke, memang aku tak layan hehehe. Siap aku dapat lima tapau. Nak mintak sepuluh rasa malu lak. Bubur dia agak lain skit dari Malaysia punya. Dari segi color dan bahan. Color dia putih je. Dorang ada taruk kismis dan beberapa bahan yang aku tak pasti apa.

Tu lah bubur asyura paling lazat yang aku penah rasa. Aku pun tak pasti sama ada bubur tu disedekahkan hanya pada hari asyura atau setiap hari jumaat. Malam tu baru abis semua bubur tu aku bedal. Sambil makan aku tersenyum sendiri. Berangankan tiga empat orang awek yang berebut hulurkan bubur kat aku tu. Berangan dorang berebut ajak aku kawen free hehehe.


3 comments:

pengembala masa said...

rutin diorg kot..

Jimmy said...

tak pasti lah bro...:)

Shari said...

Saya betul2 terhibur dgn post yang ini...mmg lawak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...