Wednesday

Mengidam Budu

‘ Sunday ni wa balik sana. Lu nak kirim apa bro ‘

Satu SMS yang aku terima malam tadi. Dari sorang sahabat yang sedang bercuti kat tanah air. Aku agak rapat dengan dia walaupun kita orang berkeje tak sama company. Lebih kurang sengal cam aku gak. Pagi tadi aku dah reply SMS tu.

‘ Tolong bawak kicap chap kipas udang,maggie perasa kari,sop bunjut,budu dan sorang awek melayu beb'
Aku pasti dia akan bawak barang tu semua kecuali awek melayu. Bukan apa, awek melayu tu saja je aku tambahkan. Bertuah aku kalau dia bawak sorang awek kesini. Cam pokok kelapa jatuh keriba. Aku memang mengidam nak dating dengan awek melayu pun. Kalah pompuan mengandung kembar lapan punya mengidam. Apa tak nya, dah bertahun aku tak dapat dating dengan awek melayu.  

Aku  belajar makan budu masa aku bekeje kat Kerteh dulu. Satu hari aku lunch dengan member member kat satu restoren masakan kampong.  Makan berhidang. Sorang kawan yang pilih lauk. Ikan tongkol masak singgang, ikan kembong bakar, budu  dan beberapa jenis ulam. Bila aku nampak je budu yang dah bercampur dengan bawang dan lada kecik.Aku pun tanya apa benda tu. Dorang jawab. Air asam special. Aku bedal gak la. On the way balik ofis baru dorang citer yang benda tu budu. Pandai member member kenakan aku. Mungkin dorang ingat kalau cakap benda tu budu seblum makan, gerenti aku akan tolak. Sejak tu la aku dah pandai makan budu. Tapi tak lah sampai pakai straw.


2 comments:

Cikgu Jaja™ said...

haha..sama la jaja..pandai mkn budu sbb abg ipar org kelantan, jaja tny apa tu, dia jwb kicap kelantan..:p

ohh assalamualaikum sang perantau, seronok dpt ke obersea kan..jaja ingin sangat2 ke turkey T___T

jimmy said...

besh gak budu kan..

walaikummusalam...turkey memang cantik...simpan lah duit...harap satu hari nanti cikgu sampai gak kat sana...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...