Monday

Mencari destinasi dipeta dunia

‘You want to go vacation or not. Let me know before this month end’

Satu pertanyaan dari boss aku minggu lepas. Sepatutnya aku dah pegi bercuti pada hujung bulan ni. Entah kenapa aku berbelah bagi nak mengembara kedestinasi mana kali ni. Dah hampir sebulan aku jenguk peta dunia setiap hari. Tercari cari destinasi untuk bercuti. 

Kelebihan aku berkeje kat gurun padang pasir disini, aku diberi cuti tiga bulan sekali. Selama dua minggu. Kalau aku tak nak pegi cuti, diganti dengan gaji dua minggu. Selalunya aku ambik pilihan untuk pegi bercuti. Mengembara ke destinasi yang aku idamkan.

Dah bertahun aku tak balik ketanah air. Waktu bercuti aku teruskan hobi aku jadik backpacker. Aku ambik peluang yang ada. Mengembara kedestinasi yang aku idamkan. Sempat gak aku mengembara kebeberapa negara dibenua Eropah, Asia dan Africa. Kalau berkeje kat tanah air, mana aku bleh dapat peluang camni. Nak pegi bercuti ke Langkawi pun kena pikir dua kali. 

Dalam kepala otak aku sekarang ni ada beberapa destinasi yang tengah aku pikirkan. Salah satunya ya lah Ireland. Mungkin terpikat dengan keindahan negara tu selepas tengok beberapa movie. Entahlah. Hari ni aku terasa nak kesana dan esok lak terasa nak kedestinasi lain. Buat masa ni aku dalam dilema. Yang pastinya, setiap hari aku asyik jenguk je peta dunia. Harap empat lima hari lagi aku akan dapat jawapan.

4 comments:

dutasurga said...

bestnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...

misyamissyou said...

wowow! seronok nye leh mengembara ke negera orang

Jimmy said...

memang best dan seronok pun...:)

Shari said...

jadi nya dah decide yang mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...