Friday

Lelah mendaki The Acropolis

Satu monument yang paling terkenal di Athen Greece adalah Acropolis. Dalam bahasa Greek, Acropolis bermakna ‘High City’. Dibina pada tahun 438 BC dan terletak diatas sebuah bukit. Aku sempat melawatnya dalam pengembaraan ke Greece.

Kat Athen aku duduk kat satu hotel murah di Omonoia. Untuk ke Acropolis, aku naik metro ke stesen Monastiraki. Dari situ dah nampak Acropolis dipuncak bukit. Aku berjalan kaki untuk sampai kepuncak Acropolis. Monastiraki adalah satu area yang terkenal dengan flea market. Flea market adalah tempat dorang jual barang2 antik dan second hand. Di kiri kanan jalan ke Acropolis ramai yang menjaja souviner dan barang2 antik. Dari situ aku terus bergerak ke Plaka. Satu area yang agak menarik, btul2 berhampiran dengan Acropolis. Rumah2 dibina dilereng lereng bukit yang berbatu. Banyak hotel dan restoren terdapat kat area situ.

Lelah jugak aku nak sampai ke puncak Acropolis. Mendaki bukit yang curam. Bayaran masuk dalam dua puluh Euro. Terpegun dengan keindahan Acropolis. Dari situ bleh nampak permandangan kota Athen. Acropolis pernah menjadi pusat tadbir, istana raja, temple, church dan masjid waktu kerajaan Ottomon menjajah Athen. Monument yang paling terkenal adalah Parthenon. Sekarang ni sedang dibaik pulih. Dimalam hari, Acropolis dimandikan dengan cahaya. Ada sound and light show diwaktu malam. Berhampiran dengan Acropolis ada beberapa monument theater. Yang terkenal adalah Theatre of Diony Sios.




Walaupun agak penat menjelajah Acropolis. Aku puas hati. Dapat tengok satu monument yang berusia beribu ribu tahun. Yang aku idam nak tengok dari sekolah rendah lagi. Pepun, Greece memang satu negara yang cantik, Banyak terdapat pulau2 yang cantik dan monument bersejarah. Mungkin aku akan kesana lagi. Bila ada kesempatan.



2 comments:

Cikgu Jaja™ said...

wow..bestnyer..jaja ingin sangat menerjah kota turkey..ingin sekali melihat indahnya masjid biru..ingin juga menghirup segarnya selat bosphorus.. hmmmm..ntah bila..berangan je la..

jimmy said...

istanbul memng cantik...satu hari nanti pasti cikgu sampai kesana gak...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...