Tuesday

Insaf di Taman Negara

Seblum aku keje kat luar negara, aku sempat keje hampir dua tahun kat Terengganu. Seblum pegi ke Terengganu, aku terpikir cam mana lah life aku kat sana nanti. Mesti jauh berbeda dengan JB. Aku tergelak bila sorang member kamcing beritau. Lu jangan main2 dengan awek Ganu. Kena pegang skit mesti ajak kawen punya. Masa tu aku tak pasti sama ada btul atau pun tak. Memula sampai sana aku dah kena culture shock. Kat tempat keje ramai orang tempatan. Banyak gak yang alim2. Dorang punya slang dah wat aku terpinga pinga. Kadang2 tak faham. Aku tetap dengan slang rocker aku, Lu gua lu gua. 

Makanan lak agak jauh berbeda dengan JB. Takde lah aku jumpa lontong , asam pedas dan soto ke. Bila malam aku tak tau nak wat apa. Hanya layan astro.  Agak bosan giler aku pegi Cherating dengan dua tiga kawan. Dalam masa tu ada sorang ofismate ajak aku belajar kat kelas ugama. Belajar fardu ain, tasauf, baca dan terjemah Al Quran. Aku tak berminat. Mungkin aku rasa aku ni masih muda dan tengah nak enjoy. Apa barang muda2 dah nak jadik alim.

Satu hari tu company ada buat team building kat Taman Negara Pahang. Tiga hari kat sana. Siap bawak sorang ustaz bersama. Tiap kali masuk waktu solat mesti berjemaah. Cam biasa, aku tetap di saf yang paling belakang. Malam pertama pintu bilik aku kena ketuk bagai nak gila dalam pukul tiga pagi. Dorang ajak qiammulai. Aku sebilik dengan sorang budak KL. Kepala cam aku gak. Sengal. Kita orang wat2 tak sedar. Bila dah dengar azan subuh baru join solat berjemaah. Masuk je surau wat muka cam tak bersalah. Lepas solat kena sound dengan kawan2 yang lain. Rupanya ada lagi tiga empat orang yg lain ikut cam kepala aku. Dorang pun buat cam bodoh je.

Malam kedua awal2 lagi dah kena warning dengan senior aku. Kena join qiammulai gak malam tu. Aku bagi excuse takde kain pelikat nak pakai. Dia bagi aku pinjam satu jubah. Nak tak nak aku join gak la. Nampak cam warak je bila aku berjubah. Ramai kawan yg tengok aku cam nampak hantu je. Aneh. Aku ikut wat solat sunat itu ini. Seblum solat subuh ustaz bagi ceramah skit. Tentang mati dan alam kubur. Entah kenapa aku rasa btul2 insaf. Rasa cam nak bertaubat masa tu gak. Bila masuk je waktu solat subuh, ramai yang suruh aku azan kan. Bagi macam2 excuse pun tak jalan. Nak tak nak aku wat gak la. Belum abis azan, aku dah kena tegur. Aku terlupa azan subuh kan lain skit dengan azan solat fardu lain. Malu jangan citer la. Pas solat ada dua tiga orang kawan rapat kutuk dan perli aku. Dorang sound. Lu dulu pengikut ayah Pin ke. Azan subuh pun tak tau. Hangin je aku.

Balik dari team building tu, terbuka hati aku nak belajar lebih mendalam tentang ugama. Aku ikut satu jemaah yang ramai kawan2 tempat keje jadi ahlinya. Lebih kurang cam kumpulanTabligh. Malam2 kami solat berjemaah dan belajar ilmu2 ugama dari sorang ustaz. Rumah dia dijadikan markas. Kita orang selalu wat qiammulai. Nak lak hari khamis malam jumaat. Dihujung minggu selalu pegi ke Kelantan dan Selatan Thai. Berkunjung ke beberapa sekolah pondok dan guru ugama. Style aku pun dah mula berubah. Selalu pakai kopiah dan simpan janggut. Suka pakai jean dengan baju benggali. Datang aku punya sengal. Aku pakai serban. Btul2 kelihatan cam warak. Tapi masih merokok walaupun dah banyak kali ustaz bagi nasihat. Satu perubahan paling ketara, kalau tengok awek aku tunduk2 malu.Nak jauhkan dari dosa kunun. Sesekali jeling gak.  

Tak lama pas tu aku bekeje kat luar negara. Bercampur dengan kawan2 baru dari pelbagai bangsa. Penampilan pun baru. Banyak dugaan dan ujian yang aku dapat. Nak lak bila aku mengembara kesana sini. Harap aku tak kan hanyut.

4 comments:

Cikgu Jaja™ said...

:) cerita yang jujur pastinya..okay jaja senyum sorang2 kt sini..nk gelak xsampai hati..anyhow, awak cool :)

jaja faham apa yg awk rasa..sbb jaja pon sengal2 selenga gak..sbb tu abah paksa jaja sekola men agama.. :p

jimmy said...

kisah lama...nak gelak pun takpe...:)

pengembala masa said...

hehe.. aku kena basuh dgn sorang tabligh duduk seblah2 balik dr india.. dah la pakai sluar pendek time tu..

jimmy said...

nasib baik tak kena basuh dgn washing machine hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...