Sunday

Kena peluk di Lausanne

Masa bersekolah lagi aku memang ada impian nak mengembara ke Switzerland. Mungkin terpegun dengan keindahan negara tersebut. Akhirnya impian aku tu tercapai gak. Dapat mengembara ke Switzerland. Aku singgah kat Lausanne dalam perjalanan aku ke satu perkampungan yang bernama Gstaad. Kampung dipergunungan  yang bertukar menjadi tempat bermain ski waktu winter. Terletak di banjaran Alps.

Selepas singgah di Paris dari London. Aku naik train dari Paris ke Basel untuk ke Lausanne. Terpaksa tukar train di Basel bila masuk ke Switzerland. Basel adalah sebuah bandar bahagian Switzerland yang btul btul digarisan sempadan dengan Perancis. Satu complex immigration yang dikongsi bersama antara Perancis dan Switzerland. Dibahagian Perancis nama tempat dia Bale kalau tak silap aku.



Sampai je kat Lausanne dah waktu malam. Aku ambik satu hotel yang berhampiran railway station. Malam tu aku tak kemana. Tido awal disebabkan kepenatan. Esok paginya aku mula ronda ronda dibeberapa tempat. Lausanne satu bandar yang tak sibuk. Btul btul terletak di tepi Tasik Geneva yang membelakangkan banjaran Alps. Satu permandangan yang indah.

Semasa aku ronda di kawasan old town yang dipanggil Vieille Ville, aku tercari cari restoren halal. Satu pun aku tak jumpa. Disebabkan lapar sangat aku singgah kat satu restoren. Aku plan nak makan roti dan salad je. Terkebil bijik mata aku bila sorang waiter bagi menu list. Semuanya dalam bahasa Perancis. Cakap English pun waiter tu tak berapa fasih. Kusut aku jap. Dia agak terkejut bila aku kata, no pork no pig only bread and salad. Terkeluar satu soalan dari mulut waiter tu. ‘ You muslim’. Aku jawab ya. Terus dia bagi salam dan suruh aku bangun. Bila aku bangun je, terus dia peluk aku cam style Arab. Tergamam aku jap. Macam aku kena peluk dengan Maya Karin. Rupanya dia berbangsa Kosovo dan berugama Islam. Nama dia Hassan. Berkawin dengan sorang penduduk tempatan yang berugama Islam. Dia dah jadik warganegara Switzerland.
Hassan berbual dengan aku dalam bahasa English rojak campur French. Dia ajak aku jalan kat rumah dia lepas dia abis keje. Nak suruh bini dia masak special untuk aku. Aku tolak pelawaan dia kerana kesuntukan masa. Aku dah nak bergerak ke railway station untuk pegi ke Montreux. Sebelum ke Gstaad. Aku makan roti dan salad yang disediakan sendiri oleh Hassan. Gerenti halal katanya. Sambil makan aku berbual dengan dia. Dia kata first time dia jumpa dengan orang melayu. Dia tau tentang Malaysia disebabkan Petronas Twin Tower dan Formula F1. Malaysia sebuah negara Islam yang maju katanya. Sebab tu dia hepi giler dapat jumpa dengan aku yang berbangsa melayu.

Sebelum berpisah aku hulurkan dia sedikit duit tips. Dia tak nak ambik. Memang dia sorang yang baik hati. Kita orang berpeluk sekali lagi. Sampai sekarang aku selalu teringatkan dia bila terdengar atau terbaca tentang Switzerland. Apa tak nya. First time aku dapat pelukan dari saudara seugama dibumi Eropah. Nasib baik bukan pelukan dari sorang perempuan.

5 comments:

Ungu Violet said...

bestnye merata tempat dah pegi eh..

baik sungguh si hassan tu kan...teruja betul dia...:)

dutasurga said...

bestnyer...whoaaa awak ni pengembara ke ape eh?..(saya tak baca padaawal belog awak.. so saya tak tahu.. nanti la saya cek eh. :)


best la journey awak.. impian saya nak travel satu dunia..~ mata berair dan sebabk..ceh! <--tak yah layan, =..="

Jimmy said...

saya ambik kesempatan yg ada...memng best...:)

Suraya said...

Salam, sy nak tanya, sy akan ke swiss sept ni. Kalau nak purchase rail europe, cm mana ya? ada x yg e-ticket. saya x prefer yg deliver ke rumah.takut lambat smp.

Jimmy said...

salam suraya...memang ada e ticket...boleh booking dulu...sampai sana baru ambik ticket...lagi booking awal lagi murah kalau tak silap...saya tak penah booking online...sampai sana baru saya beli kat kaunter...ok kalau nak tanya apa2 lagi...salam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...