Friday

Sayu di Mezquita Cordoba

Aku sampai di Cordoba dah waktu petang dengan menaiki bas dari Seville. Dalam perjalanan boleh lihat ladang2 pokok zaiton yang terbentang luas. Di Cordoba aku lepak di sebuah hotel betul2 belakang bangunan Mezquita.

Petang tu aku ronda2 dikawasan bandar lama Cordoba. Tercari cari restoren halal sampai tersesat. Tak jumpa pun. Santai di Roman Bridge sambil melihat arus Guadalquivir River yang mengalir tenang. Di atas jambatan tu ada gak kaum gypsy yang menjual souviner dan pemuzik jalanan yang membuat persembahan. Malam tu aku tido awal disebabkan keletihan. Apa tak nya, dah beberapa hari aku menjelajah Portugal dan beberapa tempat lain di Spain.





Esok pagi nya awal2 lagi aku bergerak untuk melawat Mezquita. Aku dah lupa berapa bayaran yang dikenakan untuk masuk. Mezquita atau Mosque of Cordoba dibina pada tahun 961 oleh Khalifah Abd ar Rahman. Sempat menjadi tempat orang2 Islam beribadat selama tiga abad. Pernah satu ketika menjadi masjid kedua terbesar didunia selepas Masjid Nabawi di Medinah. Pada tahun 1236 King Ferdinand 111 telah menakluki Cordoba. Langsung Mezquita di tukar menjadi Catedral atau Roman Catholic Church. Minaret masjid diubah suai menjadi menara gereja dan diletakkan sebuah loceng besar. Didalam masjid banyak telah diubah suaikan. Masih kelihatan tulisan ayat2 Quran didindingnya. Aku terasa betul2 sayu dan sedih bila melihat masjid tu dah bertukar menjadi gereja. Sekarang dikenali sebagai Cathedral of Cordoba.

Aku akan cerita lagi tentang Cordoba dilain entry.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...