Monday

Kota Roman di Bosra Syria

Bosra terletak 67 km dari Damascus. Salah satu bandar yang aku jelajahi sewaktu pengembaraan ke Syria. Yang buat aku teringin kesana disebabkan ada satu kota lama kerajaan Byzantine atau Roman. Kota yang ditawan oleh tentera2 Islam dibawah pimpinan Khalid Al Waliq semasa zaman kebangkitan Islam.

Aku menaiki bas dari Baramkeh Terminal di Damascus ke Daraa untuk ke Bosra. Perjalanan yang mengambil masa sejam lebih. Dalam perjalanan boleh lihat banyak kebun2 epal dan orange. Sampai je di stesen bas Daraa aku tanya beberapa orang cara untuk pegi ke Bosra. Dorang kata kena ambik van atau teksi. Stesen bas Daraa kelihatan kotor dengan sampah sarap, tak tersusun dan agak kelam kabut skit. Orang ramai berkejar kejar dan berebut rebut untuk menaiki van. Awek disana kelihatan cun2. Mungkin dorang berketurunan Roman. Suka pakai boot cam koboi, jean dan bertudung .Memang style satu macam. Dengan pertolongan sorang lelaki, dapat gak aku naik van untuk ke Bosra. Daraa ke Bosra jauhnya lebih kurang 10 km. Bayaran menaiki van kesana dalam 50 sen. 

Aku sampai kat Bosra waktu dah hampir senja. Bosra cam pekan cowboy je. Lama gak aku tercari cari teksi untuk pegi ke sebuah hotel yang agak jauh dari pekan Bosra. Hanya terdapat satu hotel je kat sana. Bosra Cham Palace Hotel. Akhirnya aku dapat gak satu teksi. Aku agak terkejut bila diberitau yang harga hotel tu, lebih kurang dalam enam ratus ringgit semalam. Agak mahal dan aku batalkan niat untuk bermalam di Bosra. Aku suruh teksi tu hantar aku ke Daraa. Disana ada banyak hotel yg agak murah. Entah macam mana driver teksi tu boleh offer supaya tido je kat rumah dia. Aku tak menolak. Malam tu aku bermalam dirumah dia dan dihidangkan dengan se ekor ayam golek dan roti nan.



Esok paginya dia bawak aku melawat Roman Amphitheatres, The Monument Arch dan Decumanus Maxinus. Semua monument tu telah dibina oleh kerajaan Roman beribu tahun dulu. Sedih tengok keadaan bangunan yang bersejarah tu. Tak dijaga dengan rapi. Sebelum beredar dari Bosra, aku sempat melawat Al Mabrak Mosque. Masjid yang pernah dikunjungi oleh Nabi Muhammad. Terdapat kesan kakinya didalam masjid tersebut. Masjid tu dah tak digunakan lagi. Aku akan postkan gambar2 masjid tu akan datang. Sebelum berangkat pulang ke Damascus, aku hulurkan lima puluh USD kat driver teksi tu. Sorang lagi sahabat baru yang aku kenal dalam pengembaraan ke Syria.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...