Tuesday

Puisi dan musik

Aku ada beberapa hobi. Dua daripadanya ya lah berpuitis dan layan musik. Hobi baru semasa aku merantau keluar negara. Apa taknya, aku sering dalam kesepian. Kena lak aku ni berjiwa halus. Halus yang lebih dari gula. Kira jenis jiwang gak la. Entah cam mana, satu hari tu aku terjumpa satu forum kat internet. Forum yang banyak terdapat puisi dan kisah tentang cinta. Apa lagi, aku pun join. Asah bakat berpuitis kat situ. Mostly aku gubah puisi tentang rindu dan kesepian. Terus aku aktif berpuitis. Puisi puisi tu semua aku post kat tiga forum. Lebih dari tiga tahun aku aktif berpuitis. Lately ni aku dah kurang aktif. Pepun, jiwang aku masih saperti dulu. Masih blum berkarat.

Satu lagi hobi aku ya lah layan musik. Mungkin kesepian dok sorang sorang dalam bilik. TV lak takde. Layan je la radio kokak aku tu. Kalau balik keje memang aku terus on radio. Agak musik yang disarkan tak sama dengan taste aku, aku layan lagu lagu kat lappy. Aku ikut perkembangan musik antarabangsa. Aku bleh tau apa lagu dan penyanyi mana yang tengah top.  Dah mula minat dengan lagu lagu cinta. Yang mana seblum tu aku selalu layan lagu rock. Apa lagu baru yang kuar, aku akan download dan simpan. Lately ni aku dah kurang ikut perkembangan musik dan download lagu lagu baru. Mungkin disebabkan line wifi aku selalu jadik cam siput tengah angau. Nak download lagu pun kena ambik masa yang agak lama. Bosan aku. Kena lak musim sejuk sekarang ni. Sebab tu aku bertukar hobi. Tido dan tido.

Kat bawah ni aku postkan puisi terakhir yang aku gubah.Tak lah seindah mana pun.

kicauan rindu sering bertamu
bersama kenangan indah bersamamu
kini aku sendirian menyulam impian
bayang bayangmu mencuit perasaan
kau sering aku dambakan
hari hariku indah saat kau disisi


jangan kau tinggalkan aku sendiri
tanpamu hidup terasa seksa dirasa
lakaran rinduku terlukis dilangit
bulan dan bintang menyambut penuh sayu
bagaikan mengerti ketabahan hati ini
pasrah menunggu kehadiranmu disisi
    

1 comment:

Faith said...

Nice one...

ni mmg confirm jiwang karat... ahahhaah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...