Saturday

Isabella dan Al Hambra

Bila dengar lagu Isabella dari kumpulan Search, teringat aku dengan Al Hambra. Al Hambra terletak dikaki pergunungan Sierra Nevada kat Granada Spain. Bekas kota pemerintahan Islam Andaslusia. Didirikan oleh kerajaan Islam bermula dari abad ke 9. Dibina dalam beberapa phasa dan siap pada abad ke 14. Ditawan oleh tentera Christian tanpa pertumpahan darah pada tahun 1492. Tentera puak Christian yang diketuai oleh Queen Isabella of Castile. Al Hambra kecundang ditangan sorang perempuan yang bernama Isabella.

Aku berada dua hari di Granada. Tujuan utama memang nak tengok Al Hambra. Sebelum ke Granada, aku sempat singgah di Cordoba. Satu lagi bekas kota pemerintahan Islam. Sampai di Granada dah waktu petang. Hotel yang aku duduk tak jauh dari Al Hambra. Lepas check in hotel aku terus bergegas ke Al Hambra. Hepi giler bila jumpa satu restoren Morocco kat simpang masuk ke Al Hambra. Apa tak nya, dah seminggu aku tak makan nasi. Seminggu aku tak jumpa restoren halal kat Madrid dan Lisbon sebelum tu.

Al Hambra terletak dipuncak bukit Assabica. Dibuka pada waktu pagi dan malam. Dari kaki bukit untuk sampai ke Al Hambra dipenuhi dengan taman. Sampai je kat pintu masuk, aku diberitau yang tiket dah abis dijual. Terpaksa kena masuk esok pagi. Sempat aku ronda ditaman diluar komplek Al Hambra. Siap ada kebun orange. Aku dan beberapa pelawat lain sempat petik orange tu. Tak bleh nak makan. Masam giler. Patutlah orange tu jatuh bertaburan ditanah tanpa ada yang kutip.

Esok paginya, sebelum pukul lapan aku dah sampai kat pintu masuk. Ingat aku dah awal. Dah penuh dengan orang ramai. Kena beratur skit punya panjang nak beli tiket. Ramai btul pelawat dari pelbagai bangsa dan negara. Lepas beli tiket, aku terus masuk ke komplek Al Hambra. Dalam perjalanan bleh jumpa taman taman bunga. Al Hambra terdapat empat bangunan. Nasrid Palace, Alcazaba, Generalife dan Palacio de Carlos V.

Nasrid Palace ada bekas istana yang didiami oleh Emir atau sultan semasa pemerintahan Islam. Alcazaba adalah kubu atau fortress. Generalife adalah tempat istirehat Emir semasa musim panas. Dikelilingi oleh taman taman indah yang penuh pokok pokok bunga. Dan Palacio De Carlos V dibina selepas kejatuhan kerajaan Islam. Istana yang didiami oleh King Charles V.

Al Hambra dalam bahasa Arab dipanggil Al Qalat Al Hambra. Yang bermakna kota merah. Memang dinding Al Hambra kelihatan merah diwaktu malam bila disinari oleh cahaya. Satu lagi keunikan Al Hambra ya lah sistem saluran air. Boleh jumpa banyak air pancut atau fountain. Sampai sekarang takde siapa yang tahu bagaimana sistem saluran air tu dibuat.

Aku tinggalkan Al Hambra dengan perasaan sayu. Sedih bila tahu yang pemerintahan Islam Andalusia jatuh selepas lapan abad menjajah Sepanyol. Al Hambra memang satu monument yang amat indah.

5 comments:

cindelaras said...

istana yang indah, kawan...

tapi penjajahan memang sehrusnya tak pernah ada..
seandainya islam masuk ke andalusia dengan damai, mungkin akan lain ceritanya...
^^

Ungu Violet said...

mmg cantik & unik..:)

baru tau al hambra ditakhluk oleh isabella...:)

Jimmy said...

memang Al Hambra cantik dan unik. Sedih bila tengok masjid kat situ diubah jadik gereja.

Niza Zainal said...

Pernah baca novel Isabella karya Maulana Mohammad Saeed. Lebih menarik kalau dapat melihat sendiri lokasi penceritaan. Harus lebih terkesan :)

Jimmy said...

teruja lak saya nak baca novel tu...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...