Thursday

Rindu Berewang


‘Nurul kawen nanti, abang balik tau. Kalau tak, Nurul cepuk nanti.’

Amaran tu aku dapat masa si Nurul call aku. Dia sepupu aku. Call aku awal bulan Dec baru ni. Dia akan kawen pada hari krismas atau ahad ni. Kat kampong aku di JB. Dia anak dari sorang lagi mak sedara aku, Mak Teh. Dulu aku panggil Mak Teh tu CNN. Dia suka wat gossip yang bukan2. Pepun, aku tak dapat pulang ketanah air untuk meraikan majlis perkawenan si Nurul. Terkilan dan terasa btul2 sedih. Tak dapat jumpa sedara mara dan sahabat2 lama yang aku sangat2 rindui. Yang pastinya, aku tak dapat rewang  bersama dorang. Dan tak dapat rasa nasi minyak dan telo pindang yang dah bertahun aku tak dapat rasa.

Selalunya kalau sedara mara buat majlis perkawenan. Jarang dorang nak panggil catering atau wat secara buffet. Selalunya dorang akan panggil Pak Ali jadik tukang masak. Pak Ali tu sorang lagi sedara aku. Dia duduk kat satu kampong di Pontian. Memang aku volunteer jadik assistant dia. Tolong apa yang patut. Satu perkara atau ilmu yang aku dapat dari dia. Cara cam mana nak potong ayam. Potong enam ke, lapan ke atau potong dua belas ke. Potong ayam pun kena ada teknik. Dari petang sehari seblum majlis aku dah sibuk kat bangsal dapur. Tolong masak makan malam untuk tetamu yang datang untuk rewang. Selalunya bangsal dapur tu jadik port untuk kutu2 lepak sampai ke subuh. Ada yang tolong wat keje dan ada yang bersembang je.

Malam berinai atau malam seblum majlis esoknya ramai orang2 kampong yang datang. Rewang atau tolong apa yang patut. Masa tu lah bleh jumpa awek2 dan sedara pompuan yang dah lama tak nampak. Yang dulu cun dah semakin cun. Yang dulu berhingus dan selekeh dah pandai bergaya. Yang dulu kelihatan cam kampongan dah pandai dressing dan make up cam penyanyi atau pelakun. Yang dulu gedik dah nampak sopan, bertudung. Yang mampu aku buat. Usya je dari jauh. Dari dapur yang dah mula berasap.

Pada hari majlis dilangsungkan, selalunya aku bertukar tugas. Volunteer jadik tukang buat dan jaga air minum. Biasanya air sirap atau longan.Termasuk gak jadik tukang cuci gelas. Sesekali akan tolong kutu2 yang basuh pinggan. Memang aku suka dengan activiti tu. Dekat dengan balai dan bleh nampak tetamu yang datang. Yang paling besh, bleh usya awek.Time tu lah bleh jumpa dengan sahabat2 lama dan sedara mara yang dah bertahun tahun tak jumpa. 

Saat ini memang aku rindu dengan tu semua. Suasana majlis perkawenan ditanah air. Dah bertahun aku tak dapat rasai. Kalau ada kesempatan aku tetap akan sibukkan diri semasa rewang. Lain lah kalau aku yang jadik pengantin. Tak kan aku nak involve dengan rewang plak. Aku nak wat activiti apa. Aku pun tak pasti. Masa tu mesti gigil je badan nak tunggu majlis tamat dan malam menjelang.

2 comments:

Cikgu Jaja™ said...

haha..seronok jaja baca cerita awk..btw saya orang pontian ^__^

Jimmy said...

pontian kat mana cikgu...parit german ke hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...