Saturday

Lagu lagu Christmas


Esok hari Natal atau Christmas. Public holiday. Dari hari khamis lagi ramai ofismates dah mula bercuti. Nak lak mat saleh dan penganut Christian yang berbangsa lain. Ada gak bangsa Arab yang berugama Christian. Mostly dari Lebanon.Tak sabar nak tunggu dorang balik dari bercuti. Gerenti ada souviner untuk aku nanti, Dalam seminggu ni, aku agak boring bila dengar radio. DJ asyik putarkan lagu lagu Christmas je. Kat negara arab ni, mana lah aku bleh dengar siaran radio melayu. Era atau Hot fm. Linda on atau off ke. Selain siaran dalam English, banyak gak siaran radio dalam bahasa Arab dan Hindi. Tak kan aku nak layan. Tak minat dan tak faham lirik. Aku ni memang jenis jiwang. Tapi tak lah ketahap giler dengan lagu2 dan filem Hindi. Apa barang beb.

Dalam aku tak minat nak dengar lagu2 Christmas. Aku ada terdengar satu lagu. All I want for Christmas is you. Nyanyian Mariah Carey. Aku tak pasti lagu baru ke lama. Baru dengar dua tiga kali je. Lebih kurang cam menjelang lebaran. Radio akan siarkan lagu lagu raya yang lama dan yang evergreen. Lagu Christmas yang popular adalah lagu lagu yang dicipta ditahun 60an dan 70an. Mostly lagu lagu tu ditujukan kat US army masa perang Vietnam dulu. Cuti Christmas kali ni aku takde plan nak kemana. Mungkin lepak je dalam bilik. Berselubungkan rindu. Rindu dengan tanah air . Apa nak buat beb, life sorang perantau. Dagang hamba mengkuang layu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...