Saturday

Perjalanan sebagai saorang tahanan


Sepanjang aku mengembara kesana sini, ada gak kenangan pahit yang aku dapat. Ditipu beberapa kali dan dikenakan pemeriksaan rapi kat beberapa airport diluar negara. Disyaki terrorist dan penyeludup dadah. Salah satu kenangan yang paling aku tak bleh nak lupa adalah menjadi tahanan di Morocco kerana tiada memiliki visa. Kesilapan yang aku buat kerana percayakan kata2 dari sorang kawan. Dia beritau aku yang rakyat Malaysia boleh dapat arrival visa kalau nak masuk ke Morocco. Bila aku dengar cam tu, aku tak lah apply visa kat kedutaan Morocco dinegara yang aku dok sekarang ni.

Aku ambik Turki Airlines untuk pergi ke Casablanca. Terpaksa transit di Istanbul beberapa jam. Sampai je di Casablanca aku diberitau oleh pihak immigresen yang aku tak bleh masuk ke Morocco kerana tak memiliki visa. Rayuan aku tak diterima dan diarah pulang. Aku dibawa ke satu ruang untuk tahanan2 yang akan dihantar pulang. Dalam tahanan masa tu ada beberapa orang. Empat orang mamat kulit hitam dari negara Africa dan dua orang budak Palestine. Dijaga dengan rapi oleh dua orang polis. Makan dan minum disediakan dengan percuma. Yang wat btul2 boring, kena tido atas kerusi. Malam tu aku layan muvi kat lap top aku dengan sorang polis yang bertugas, bernama Hassan. Hassan ni peminat setia kumpulan Raihan. Tengah hari esoknya, aku diarah untuk dihantar ke Istanbul. Aku di asingkan dengan penumpang2 yang lain masa nak boarding. Aku jadik penumpang terakhir yang masuk kedalam kapal terbang sambil di iringi oleh sorang polis hingga ke tempat duduk. 

Sampai je kat Istanbul, aku diarah duduk kat seat dan bila semua penumpang lain dah kuar, baru lah turn aku. Diluar dah menunggu sorang polis untuk bawak aku ke bilik tahanan. Bersebelahan dengan pejabat polis dikawasan airport. Bilik tahanan tu takde tingkap, btul2 terkurung. Masa tu ada enam orang tahanan. Berasal dari Albania, Angola, Turkimenistan, Iraq dan Somalia. Semuanya ditahan kerana tiada mempunyai visa Turki. Menunggu untuk dihantar pulang kenegara masing2. Bilik tahanan kat Istanbul tu agak selesa kalau nak dibandingkan dengan Casablanca. Ada katil, tv dan bilik air didalamnya. Makanan pun agak ok. Aku kesian bila dengar citer dari mamat Albania sorang tu. Datang ke Turki untuk mencari isterinya yang dah dua tahun tak pulang. Malam tu, dua orang tahanan berasal dari Iraq dikuarkan untuk dihantar pulang. Dan pada pagi esoknya dua tahanan baru, dua orang businessman berasal dari Hong Kong masuk kebilik tahanan. Selepas dua hari dalam tahanan di Istanbul. Aku dihantar pulang ke negara yang aku dok sekarang ni dengan kawalan ketat.  Berpelukan dengan semua tahanan seblum aku melangkah kuar. Satu pengalaman pahit yang aku tak lupakan. Pepun, dua tahun selepas tu, aku datang semula ke Morocco dengan visa yang lengkap. Enjoy.
  

2 comments:

Fatt said...

nasib baik ko boleh masuk lagi negara ni pas 2thn. klu dia blacklist habisla. abistu masa balik tu kena kuar duit ke beli tiket baru?

Jimmy said...

dorang pakai aku punya tiket balik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...