Wednesday

Rock Kapak


Aku membesar semasa muzik tanah air dilanda genre rock. Atau dikenali dengan nama rock kapak. Sampai sekarang aku tak tau kenapa dorang panggil nama tu. Masa awal sekolah rendah lagi aku dah selalu dengar lagu rock kapak. Dari kumpulan Search, Wings dan Lefthanded. Kak Azie yang dok sebelah rumah selalu layan. Kak Azie tu kakak sepupu aku. Aku tumpang dengar bila dia pasang kuat2 dengan speaker. Penampilan Kak Azie pun cam rocker. Rambut berketak dan selalu pakai jean ketat. Aku respect abis dengaan penampilan dia masa tu. Penah satu hari dia nak kuar dengan berpakaian agak sopan. Berbaju kebaya. Masa tu hari raya ketiga atau keempat. Aku tanya dia nak beraya kat mana. Dia kata nak beraya kat rumah Man Bai. Dia memang tergiler giler dengan Man Bai. Waktu tu lagu Man Bai, Masih Aku Terasa tengah hit. Kak Azie asyik pasang je lagu tu dari pagi hingga kepetang. Sampai aku bleh hafal lirik dia. Sekarang Kak Azie dah berumur dan ada anak tiga. Dah bukan sorang rocker lagi. Dia layan genre apa sekarang ni pun aku tak pasti. Yang aku tau, seblum aku keluar negara dia peminat setia AF, Siti dan Mawi. Sesilap sekarang ni dia peminat setia Yuna agaknya.

Masa aku sekolah menengah grop rock kapak tumbuh cam cendawan. Banyak grop baru yang kuar. Macam2 nama. Yang paling top grop Iklim. Penampilan aku pun dah cam sorang rocker time tu. Selalu kena warning dengan guru displin disebabkan cuba berambut panjang. Mungkin aku ada angan2 nak jadik cam Mamat dari grop Exist. Pepun, tu semua adalah kenangan. Aku ada simpan beratus lagu2 rock kapak. Sesekali aku layan bila teringatkan tanah air. Kadang2 aku cam carik penyakit bila layan lagu tu. Apa tak nya. Mostly lirik lagu2 rock kapak kan jiwang. Buat aku makin terindu rindu dengan tanah air. Lagi parah bila aku terindu rindu awek kat sana. Cam lagu grop Scoin ke apa. Rindu Serindu Rindunya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...