Thursday

Jom shopping dan clubbing


Hari ni khamis dan esok offday. Balik keje nanti mula lah ramai kawan2 yang ajak aku kuar. ‘Jom shopping dan clubbing. Makan gua belanja lu’. Tu ayat yang selalu aku dengar dari dorang. Selalunya aku bagi excuse macam2. Penat la, takde mood la, ada hal lain la. Sebab dua aktiviti tu yang paling aku tak suka dan kurang minat. Dorang ajak aku bukan apa. Aku ada kete. Tu pun kete company. Senang dorang nak kesana sini kalau aku ada.  

Walaupun negara aku duduk ni sebuah negara Islam. Dia punya night life bleh tahan gak. Lebih happening dari tempat aku kat JB. Nak compare dengan KL, aku tak pasti. Tak penah pun dok kat KL. Kat sini banyak shopping complex dan mall yang agak moden. Selain mall, ada dua tiga shouq atau bazaar. Malam khamis memang jadik tempat tumpuan orang ramai. Cam pasar malam. Kalau kuar pun, aku suka lepak kat shouq sambil layan shisha. Tengok orang lalu lalang. Nak lak awek2. Macam2 bangsa dan rupa ada.  Cuci mata beb.

Disco, club dan pub memang banyak. Kalau nak kira, kena pakai jari kaki sekali. Mostly kat hotel yang banyak bintang. Nak masuk kena ada membership. Aku akan pegi bila ada farewell kawan. Tu pun kena pujuk bagai nak giler baru aku join. Kira jarang la. Bleh dikira pakai telinga. Bukan apa, aku tak suka tempat yang ada orang ramai. Nak lak tempat bingit. Tak kira la tempat tu ada ramai awek ke tak. Kusut beb.



Disebabkan aku jarang nak kuar. Ramai kawan2 sound. Aku ni anti social dan takde life. Aku tak kisah tu semua. Buat apa pegi kalau tak hepi. Lebih baik aku lepak dalam bilik. Layan music dan internet. Cam anak dara sunti kan. Nasib baik aku bukan pompuan. Kalau tak, dah lama kena pinang. Kan aku ni jenis tak nakal. Tu pasal kesucian aku masih kekal . Walaupun berdebu hehehe.

2 comments:

Cikgu Jaja™ said...

hahaha..

nk gelak lg boleh?

hahahahahhaha..

jimmy said...

gelak lah...kan free...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...