Sunday

Semalam di Taj Mahal

Salah satu tujuan aku mengembara ke India adalah untuk melawat Taj Mahal. Taj Mahal yang dibina oleh Maharaja Shah Jehan pada tahun 1632 terletak di Agra. Lima jam perjalanan dari New Delhi. Shah Jehan membina Taj Mahal untuk memperingati akan isteri tersayang beliau, Mumtaz Mahal selepas meninggal dunia. Mumtaz Mahal adalah isteri ketiga dan meninggal dunia waktu melahirkan anak yang ke empat belas. Dikebumikan didalam Taj Mahal. Taj Mahal siap dibina selepas dua puluh dua tahun. Seramai dua puluh dua ribu perkerja digunakan untuk dibina. Bangunan diperbuat dari marble yang bercorak seni binaan dari Parsi, Turki dan India. Memang btul2 indah.

Aku sampai Agra dah hampir magrib. Lepak kat satu hotel yang berhampiran pintu masuk ke kawasan Taj Mahal. Malam tu aku diajak oleh sorang pekeje hotel pegi ke bahagian belakang Taj Mahal ditepi tebing sungai Yamuna. Dari situ dapat tengok Taj Mahal dari dekat. Kelihatan ada beberapa anggota tentera yang berkawal. Sempat ambik photo tiga empat keping seblum balik semula ke hotel. Naik beca tiga roda yang macam tut tut. Malam tu ronda2 kat kawasan hotel untuk carik cyber café. Agak kecewa bila tak jumpa. Makan nasi beryani kat satu restoren didepan hotel dan tido awal.




Esok paginya selepas bersarapan roti perata dan dal, aku terus ke Taj Mahal. Berjalan kaki agak jauh gak untuk sampai ke bangunan Taj Mahal. Dari jauh lagi Taj Mahal kelihatan amat indah. Penuh dengan pelawat2 dari pelbagai negara dan bangsa. Didinding penuh diukir dengan ayat2 Quran dari pelbagai surah. Terletak pusara Shah Jehan bersebelahan pusara isterinya Mumtaz Mahal didalamnya.Aku ronda2 dan lepak kat situ lebing kurang tiga jam. Sempat beli beberapa keping postcard seblum beredar. Taj Mahal memang memukau hati aku. Bukti satu cinta sejati yang agung.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...